Percutian

Cuma Sejam Dari Rantau Panjang, 5 Keunikan Floating Market Yakang Yang Ramai Tak Tahu

10.1K
SHARES

“Seronoknya tengok orang food hunting dekat Hat Yai. Kita ni teringin juga nak pergi tapi jauh…”

Negara jiran kita Thailand memang cukup terkenal dengan pasar terapung atau floating market.

Hampir di setiap bandar besar mereka ada satu floating market. Dalam perkongsian travel kali ini, Cik Azlin Alink berpeluang untuk tinjau tempat makan di Floating Market Yakang, yang terletak di Narathiwat, kira-kira 1 jam saja dari Rantau Panjang Kelantan.

Mungkin ramai tak tahu kewujudan floating market ini, dan Cik Alink sendiri pun baru tahu kewujudannya melalui salah seorang BFFnya. Bila dah sampai tu, memang terpukau dengan tempat ni!

Nak tahu kenapa? Jom baca perkongsian Cik Alink selengkapnya di bawah ini.

5 Keunikan Floating Market Yakang Yang Ramai Tak Tahu

1. Peluang Menikmati Makanan Atas Air

Dah nama pun floating market kan, jadi dekat sini kita boleh pilih sama ada nak beli makanan di gerai atas darat dan nikmati makanan di atas air.

Ikut sukalah nak duduk di pondok ke atau nak bersantai bersila atas titian terapung ni. Alahai, sweet kan?

Bukannya selalu dapat pengalaman begini, sesekali hirup udara segar sambil bersantai dan makan-makan mestilah teruja.

2. Banyak Makanan Sedap & Murah

Apapun, perkara yang best sangat pasal floating market ni, tentulah makanannya. Bagi penggemar makanan Thai memang sesuai sangat berbelanja dan makan-makan di sini.

Rambang mata dibuatnya sebab ada macam-macam makanan dan harganya sangatlah murah.

Cik Alink beli Hoitod tu 20 baht je lebih kurang dlm RM 2.50. Dahlah penuh dengan udang, kerang dan sotong lagi.

Rata rata makanan yang dijual di sini berharga sekitar 20 baht dan 25 baht sahaja. Sedap-sedap pulak tu!

3. Serius Bersih, Tenang & Nyaman

Yang ini biar gambar berbicara. Cantik kan pemandangan di sini? Seronok betul bila berkunjung ke floating market Yakang sebab ia begitu bersih, tenang dan nyaman.

Oh ya, floating market Yakang ini hanya beroperasi setiap hari Jumaat dan Sabtu saja tau.

Kalau anda berhasrat nak datang sini, seeloknya datang lepas zohor kalau dari Rantau Panjang. Sebabnya pasar di sini mula buka sekitar jam 3 petang waktu Malaysia hinggalah waktu Maghrib.

Disarankan elok lepas Asar sebab masa tu dah teduh dan mendung. So, lagi seronok nak santai dengan famili kan?

Selain makanan, ada juga barang lain yang dijual seperti tudung, beg dan pakaian sikit-sikit.

4. Pengangkutan Awam Mudah Akses

Jangan risau kalau tak ada kenderaan nak pergi, anda boleh sewa van dari Imigresen Sg Golok terus ke Yakang Floating Market ni.

Kalau tak silap Cik Alink, satu van tu boleh muat 12 orang dan cuma perlu bayar 150 baht sahaja satu kepala, atau sekitar RM20. Murah kan?

5. Dekat Je, Boleh Juga Bawa Kereta Sendiri

Kalau nak lagi murah boleh pergi ke sana naik kereta sendiri. Senang nak gerak ikut masa kita. Bawa pasport dan cop masa di sempadan macam biasa.

Sebaik sampai di Narathiwat nanti, boleh tanya terus pada orang di sana. Mesti ramai yang tahu tempat ni.

Jom Jalan-jalan!

Wah, macam menarik tengok gambar-gambar Cik Alink ni kan? Jadi lepas ni boleh la singgah ke Floating Market Yakang ni dengan famili dan kawan-kawan yang lain.

Jangan lupa SHARE sebab mungkin belum ramai yang tahu pasal kewujudan floating market yang super murah dan amat dekat dengan Negeri Kelantan ni.

Selamat berkongsi.

*Perkongsian asal oleh Cik Azlin Alink ini telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila follow FB page beliau atau rujuk post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×