Banyak Tempat Menarik Di Pulau Tioman Untuk Anda Explore!
Keindahan Pulau Tioman sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
Pernah dinobatkan sebagai pulau tercantik di dunia oleh TIME Magazine, Pulau Tioman sentiasa menjadi pilihan bagi pengunjung dalam dan luar negara yang cintakan keindahan pulau yang kaya dengan ekosistem hidupan laut yang terpelihara.
Jika anda sedang merancang untuk bercuti di Pulau Tioman, anda kenalah tahu tempat-tempat menarik di sekitar pulau ini.
Bukan sekadar snorkelling dan mandi laut, sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini.
Sebelum kami kongsikan tempat menarik di Pulau Tioman, kom ketahui dulu 5 fakta ringkas dan persediaan awal untuk anda yang ingin merancang percutian di sana:
5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Bercuti Ke Pulau Tioman
- Pulau ini terletak di Negeri Pahang. Untuk ke sini, korang boleh naik feri dari jeti Mersing (Johor) ataupun dari jeti Tanjung Gemuk (Pahang)
- Tiket feri boleh dibeli secara online di website Bluewater Ferry ataupun di website Cataferry. Kalau nak seat yang selesa, korang boleh beli tiket Cataferry
- Tempoh perjalanan dari jeti ke Pulau Tioman bergantung kepada lokasi yang korang nak pergi, anggaran masa dua hingga tiga jam. Contoh: jika korang naik feri dari tanjung gemuk ke kampung salang, ianya mengambil masa kira-kira tiga jam.
- Kebanyakkan transaksi jual beli di pulau menggunakan wang tunai. Bawa cash yang mencukupi kerana ATM machine hanya terdapat di kampung tekek. Untuk bergerak dari kampung ke kampung yang lain, perlu menaiki speedboat.
- Pulau Tioman pernah dinobatkan sebagai salah sebuah pulau tercantik didunia oleh TIME Magazine
Memang tak dinafikan, pulau di Malaysia ni memang lawa-lawa belaka. Cuma masa korang pergi tu, check dulu keadaan. Jangan pula pergi waktu monsoon.
(Kredit perkongsian oleh Ayu Hasman)
Ok dah excited kan?
Jom kita semak tempat-tempat menarik di Pulau Tioman !
9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman & Aktiviti Terkini Selepas PKP
1. Kampung Tekek
Kampung ini merupakan perkampungan terbesar di Tioman dan berperanan sebagai pusat pentadbiran di pulau itu. Kampung ini lengkap dengan fasiliti seperti restoran, ATM, lapangan terbang dan masjid.
Kampung ini juga popular di kalangan pelancong kerana turut menempatkan kawasan bebas belanja cukai. Kalau nak bermalam di sini pun boleh kerana terdapat pelbagai hotel dan chalet untuk penginapan pelancong.
Kredit Foto : Destinasi Percutian
2. Vision Commerce Duty Free Shop
Jangan tak tahu, anda juga boleh membeli-belah sepuas-puasnya di sini kerana Pulau Tioman juga memegang status Zon Bebas Cukai sejak 2002!
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai barangan di sini seperti keperluan rumah, pakaian, coklat rokok dan sebagainya.
Cenderamata unik dan barangan kraftangan juga ada dijual disini untuk anda beli sebagai ole-ole sebagai tanda kenangan anda melawat ke pulau ini!
Kredit Foto : rileklah.com
3. Juara Turtle Project
Di Pulau Tioman, terdapat dua tempat yang menjadi lokasi penyu mendarat dan menetaskan telur iaitu di Kampung Bunut dan Kampung Juara.
Biasanya, penyu-penyu ini akan datang pada musimnya iaitu antara bulan Februari hingga Oktober.
Bagi yang berminat, anda juga boleh tawarkan diri untuk jadi sukarelawan di sini untuk sertai aktiviti pengutipan telur dan kaedah pemeliharaan penyu.
Lokasi : Kampung Juara, Pahang
Laman Facebook : Juara Turtle Project
4. Pusat Taman Laut Pulau Tioman
Keindahan Pulau Tioman dapat dipelihara dengan baik setelah diwartakan oleh kerajaan sebagai taman marin. Dengan status ini, hidupan laut serta habitat terumbu karang di sini dapatlah dipelihara daripada sebarang aktiviti perikanan.
Bukan sahaja aktiviti perikanan tidak dibenarkan, malah pengunjung juga tidak dibenarkan untuk mengutip cengkerang, menyentuh terumbu karang dan apa-apa aktiviti yang boleh mengancam habitat dan hidupan marin di sini.
Pusat Taman Laut Pulau Tioman menempatkan sehingga 14 pulau antaranya ialah Pulau Renggis, Pulau tumok, Pulau Labas dan Pulau Seri Buat.
Kawasan ini turut menyediakan pelbagai fasiliti kepada pengunjung seperti barbeku pit, sewaan peralatan menyelam dan memiliki pelbagai restoran dan kedai untuk kemudahan pengunjung.
Kredit Foto : Safartrips
Kredit Foto : livingnomads.com
Lokasi : Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Kampung Tekek, Pulau Tioman
5. Air Terjun Asah
Tak hanya terkenal dengan pulau yang indah, Pulau Tioman juga mempunyai beberapa lokasi air terjun.
Namun, Air Terjun Asah adalah air terjun terbesar dan paling terkenal di sini! Terletak di selatan Pulau Tioman, anda perlu berjalan kaki selama 20 minit dari Kampung Asah untuk sampai ke sini.
Kredit Foto : maisinggah.com
Lokasi : Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang
Baca juga: Nak Kelainan? Ini 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Yang Unik & Menarik
6. Island Hopping
Untuk terokai keindahan Pulau Tioman dengan lebih mendalam, anda bolehlah plan untuk sertai aktiviti Island Hopping di beberapa pulau-pulau menarik di sini seperti Pulau Chebeh, Pulau Sembilang, Pulau Sepoi dan Pulau Jahat.
Kesemua pantai di sini cukup terjaga dengan pasir putih dan air laut yang jernih.
Sekiranya anda kesuntukan masa, anda bolehlah lawati Pulau Tulai yang dikatakan pulau paling best di Pulau Tioman.
Kalau anda bernasib baik, anda mungkin terserempak dengan ikan lumba-lumba yang hidup di sekitar Pulau Tioman !
Kredit Foto : thecrazytourist.com
7. Tioman Dive Centre
Teringin untuk ada lesen diving sendiri?
Sambil bercuti, anda juga boleh hadiri latihan dan kursus bagi yang ingin mendapatkan lesen diving berdaftar di Tioman Dive Centre.
Asalkan anda sihat mental dan fizikal, ativiti scuba diving adalah terbuka kepada semua seawal usia 10 tahun.
Kalau dah pandai scuba diving, anda bolehlah diving di pulau-pulau cantik di kawasan lain !
Lokasi : Tioman Dive Centre, Kampung Salang, Pulau Tioman
Laman Web : tioman-dive-centre.com
8. Batu Malang
Memang rugi kalau anda lepaskan peluang snorkelling di Batu Malang.
Kawasan perairan terumbu karang ini telah menjadi habitat bagi pelbagai spesis ikan berwarna-warni seperti ikan barracuda, clownfish (ikan Nemo), lion fish dan butterfly fish.
Disebabkan keindahan habitat dan hidupan marin di sini, Batu Malang agak padat dengan pengunjung pada hujung minggu atau musim cuti.
Kredit Foto : maisinggah.com
9. Gunung Kajang
Buat para hikers yang dah lama tak mendaki gunung, jangan lupa untuk sertai pendakian Gunung Kajang bila anda bercuti di Pulau Tioman.
Gunung yang terletak di tengah-tengah Pulau Tioman ini tergolong dalam kategori hutan dara yang padat dengan hidupan flora dan fauna yang dipelihara tanpa gangguan manusia.
Bermula dari pantai, pendakian ke puncak gunung ini adalah sejauh 13 km.
Para pendaki pasti teruja dengan keindahan alam semula jadi di Gunung Kajang !
Kredit Foto : thecrazytourist.com
Pulau Tioman sememangnya tempat percutian yang menarik bagi yang sukakan keindahan alam flora dan fauna.
Tak perlu anda pergi jauh-jauh sehingga ke Krabi untuk nikmati pemandangan laut biru dan pantai berpasir putih. Semuanya ada di Pulau Tioman.
Tak hanya terbatas kepada kepelbagaian ekosistem marin, Pulau Tioman juga menawarkan suasana tenang dari deruan air terjun hingga ke kehijauan hutan dara.
Cukup sesuai bagi yang ingin lari sejenak dari kesibukan kota. Nak shopping free duty pun boleh di sini.
Apa lagi, jom kita Pulau Tioman untuk destinasi percutian seterusnya !