Kini Trending

Nak Kelainan? Ini 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Yang Unik & Menarik

1.9K
SHARES
glamping di malaysia

10 Lokasi Glamping Di Malaysia Untuk Pengalaman Yang Unik & Menarik

Perkataan ‘glamping’ asalnya daripada gabungan perkataan ‘glamorous camping’.

Sesuai buat anda yang ingin tidur berbumbungkan bintang dan dikellilingi kehijauan alam semulajadi, glamping pasti memberikan anda pengalaman menginap yang cukup berbeza.

Konsep ini sememangnya lebih glamour berbanding perkhemahan yang pernah kita sertai semasa di sekolah dahulu.

Ini kerana, anda dah tak perlu lagi bersusah payah untuk membawa dan memacakkan khemah sendiri kerana di glamping spot, semua sudah tersedia.

Hanya tinggal check in sahaja!

Dalamannya juga cukup selesa macam dalam hotel.

Sebenarnya terdapat banyak spot glamping yang anda boleh terokai di serata Malaysia.

Ada yang sejauh Kundasang, ada juga yang terletak dekat di Negeri Sembilan.

Jom kita semak spot glamping menarik sekitar Malaysia untuk percutian anda yang seterusnya !

 

10 Lokasi Glamping Di Malaysia Untuk Pengalaman Yang Unik & Menarik

 

1. Rustcamps Glamping Resort, Genting Highlands, Pahang

Berbanding kebanyakan spot glamping yang menawarkan penginapan berbentuk dome, Rustcamps Glamping Resort pula menawarkan penginapan unik diperbuat daripada kayu dengan senibina berbentuk segi tiga.

Tidak hanya itu, setiap penginapan glamping juga dilengkapi dengan jacuzzi peribadi bagi pengunjung yang ingin berendam air hangat sambil nikmati pemandangan serba hijau di luar !

Seperti port glamping lain, pelanggan juga boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti campfire, nikmati barbeku dan bermain board games.

spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik

Kredit Foto : Facebook RustCamps Resort

Lokasi : Lot 12184, Genting View Resort, 69000 Genting Highlands
Harga : Bermula RM 288
Kapasiti : 2 orang setiap unit
Laman Web: Facebook RustCamps Resort

 

2. Gopeng Glamping Park

Antara perkara yang paling pengunjung gemari ialah pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama anak-anak seperti main trampoline, indoor games, memanah, dan berbasikal.

Terdapat juga pelbagai aktiviti outdoor yang anda boleh cuba bersama seisi keluarga seperti water rafting, river tubing, paintball dan naik ATV! Pada waktu malam pula, Gopeng Glamping Park mempersembahkan fire show yang istimewa sambil makan malam.

Ia pastinya bakal memberikan pengalaman berbeza buat anda sekeluarga!

spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik
Kredit Foto : Facebook Oh My Perak 

 

3. A’Moss Farmstay, Cameron Highlands, Pahang

Farmstay ini pula menawarkan suasana yang cukup tenang dikelilingi ladang teh dan sayuran yang segar.

Di belakang dom penginapan juga, terdapat trail hiking bagi yang ingin menerokai alam dengan lebih dekat.

Setiap lodging juga dihias dengan cukup cantik serta dilengkapi dengan bilik air untuk kemudahan penginap. Anda juga boleh ikuti aktiviti Mossy Farm Tour dan Farm Tour yang disediakan di sini.

spot glamping menarik spot glamping menarik

Lokasi : Amoss Road, Kampung Gerak Sepadu,39000, 39000 Brinchang, Pahang

Harga : Bermula RM 250.00/malam

Kapasiti : 3 ke 4 orang setiap dome

Laman Web : amossfarmstay.com

 

4. Glamz at Genting, Genting Highlands, Pahang

Bagi yang sedang mencari penginapan di Genting Highland yang dekat dengan pelbagai tarikan, Glamz at Genting adalah tempat yang terbaik untuk anda menginap dengan pengalaman glamping !

Terletak tidak jauh dari First World Plaza dan Genting Premium Outlests, penginapan glamping di Glamz juga menawarkan fasiliti istimewa buat penginap seperti jakuzi, sauna, bilik santai dengan pelbagai board games serta kawasan untuk barbeku.

Nampak macam kecil tetap sebenarnya penginapan unik di dalam dome di Glamz boleh memuatkan sehingga 4 ke 8 orang!

spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik

spot glamping menarik spot glamping menarik

 

Lokasi : Lot PT22637, PT22638, PT22639, PT22640, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Negeri Pahang.
Harga : Bermula RM 300/malam

Kapasiti : Dome Room  : 4 orang setiap dome

Bell Tent : 4 orang setiap khemah

Family Dome : 8 orang setiap dome

Laman Web : glamz.com.my

 

5. Sea Horizon Resort, Kota Tinggi, Johor

Tidak seperti kebanyakan kawasan glamping yang menawarkan suasana hijau di pergunungan atau hutan, Sea Horizon Resort pula menawarkan pemandangan laut biru. Di sini hanya terdapat 2 unit penginapan glamping berbentuk dome yang tersedia dan dilengkapi dengan bilik air.

Pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang cukup menarik di sini seperti berkayak, paragliding, berenang di swimming pool yang cukup luas atau berbasikal ke perkampungan nelayan berdekatan.

spot glamping menarik

spot glamping menarik spot glamping menarik

Lokasi : Lot 901, Kuala Sedili Besar, 81900 Kota Tinggi, Johor
Kapasiti : 3 orang bagi setiap dome
Harga : Bermula RM 680.00/malam
Laman Web : seahorizon.my/dome

 

6. The Hooton Retreat, Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Bagi yang ingin lari dari kesibukan kota tapi tak mahu merantau jauh, anda boleh rancang percutian glamping di The Hooton Retreat!

Selain penginapan untuk glamping di dome yang boleh memuatkan sehingga 4 orang, The Hooton Retreat turut menawarkan penginapan villa bagi tetamu yang datang bercuti dalam kumpulan yang lebih besar.

Terdapat banyak aktiviti yang ditawarkan di sini seperti jungle trekking, stargazing dan barbeku.

Spot glamping ini juga cukup dekat dengan tarikan lain di sekitar Kuala Klawang seperti Pusat Rekreasi Lenggeng, Air Terjun Jeram Toi , dan Air Terjun Tengkek.

spot glamping menarik spot glamping menarik

Lokasi : Lot 2773, Jalan Kuala Klawang – Simpang Pertang, Mukim Pertang, 72300 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Kapasiti : 4 orang setiap dome glamping
Harga : Bermula RM 580/malam
Laman Web : thehootonretreat.com

 

7. Umea Glam Kundasang, Sabah

Berinspirasikan hiasan dalaman gaya Sweden, Umea Glam Kundasang menawarkan 4 buah penginapan glamping dengan tema berbeza-beza.

Turut dilengkapi dengan dapur dan bilik air untuk kegunaan pegunjung dalam setiap dome glamping, Umea Glam Kundasang juga terletak hampir dengan tarikan utama di kawasan tersebut seperti Desa Dairy Cattle Farm dan bandar Kundasang.

spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik

Lokasi : Jalan Golf Course Mesilau 89308 Ranau, Sabah.

Harga : Bermula RM 250/malam

Kapasiti : 4 orang setiap dome glamping

Laman Facebook : Umea Glam Kundasang

 

8. Banjaran Glamping, Rembau, Negeri Sembilan

Hanya di Banjaran Glamping anda boleh berglamping sambil makan pizza panas-panas dari oven.

Sesuai dengan namanya, port glamping ini juga menawarkan pemandangan hutan berhadapan dengan Banjaran Titiwangsa yang cukup indah.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini ialah pakej ATV meredah hutan dan tontonan wayang pacak pada waktu malam.

Nak bakar barbeku dekat sini pun boleh.

spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik
Lokasi : Banjaran Glamping, Jalan Jeram Peti Kampung Senama Ulu, 71300 Rembau, Negeri Sembilan
Harga : Bermula RM 350
Kapasiti : Maksimum 4 dewasa

Laman Facebook : Banjaran Glamping

 

9. The Backyard Glamping, Cameron Highland

The Backyard Glamping yang terletak di Cameron Highland ini dapat memberikan anda pengalaman glamping dengan harga serendah RM 120 sahaja untuk satu malam.

Rata-rata pengunjung sangat menyukai lokasi spot glamping yang menawarkan pemandangan indah serba hijau dengan kedinginan yang mendamaikan.

Dapur kecil juga disediakan bagi pengunjung yang nak memasak. Jika tidak, pengunjung boleh ke pelbagai restoran berdekatan.

Terdapat 3 jenis unit glamping iaitu Single Tent, Couple Tent dan Family. Terdapat dua buah penginapan bagi setiap unit. Jadi anda kenalah book awal-awal kerana penginapan adalah terhad !

spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik
Kredit Foto : Facebook Family Camping Malaysia 

Lokasi : Jalan Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Harga : RM120 ( Single Tent), RM 210 (Couple Tent), RM 250 (Family Tent)
Kapasiti : 1 ke 3 orang
Laman Facebook : The Backyard Glamping Cameron Highlands

 

10. Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak

Kalau Sea Horizon Resort menawarkan pemandangan laut, Sumpitan Glamping pula menawarkan pemandangan sungai.

Terletak di Lenggong Perak, Sumpitan Glamping Resort merupakan antara spot glamping terunik dengan adanya kafe hispster sendiri!

Bolehlah pesan kopi sambil menikmati keindahan alam di Piokopi.

Di sini juga terdapat kemudahan asas glamping seperti campfire dan barbeku buat anda menikmati pengalaman berkhemah dengan cukup selesa.

spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik spot glamping menarik

Lokasi : A6, kampung sumpitan 33420 Lenggong, Perak, Malaysia
Harga : RM 85/ orang ( termasuk sarapan pagi)
Kapasiti : 2 ke 4 orang
Laman Facebook : Sumpitan Glamping 

 

Baca juga:

 

Jom Nikmati Keindahan Alam Semulajadi!

Percutian glamping memang cukup sesuai bagi yang ingin lari dari kesibukan kota dan bersatu dengan alam. Mengikut harga yang ditawarkan, kebanyakan glamping unit turut sediakan katil untuk pengunjung.

Ada juga glamping unit yang ada tv dan bilik air sendiri.

Kalau dalam khemah pacak sendiri memang tak adalah… Penginapan glamping juga cukup selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan asas untuk kegunaan pengunjung.

Jadi, tunggu apa lagi ? Jom kita menginap di spot glamping bersama yang tersayang untuk percutian seterusnya !

Sumber rujukan :

5 Beautiful Glamping Domes for a Relaxing Staycation in Malaysia (gayatravel.com.my)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×