Percutian

10 Tempat Penginapan & Homestay ‘Best’ Di Port Dickson. Jom Bercuti!

122.8K
SHARES
homestay menarik pd

Homestay Best di Port Dickson Untuk Percutian Anda ! 

Sebut saja Port Dickson, masing-masing dah terbayang pantai yang luas, tenang dan indah. Lokasi ini memang popular sebagai tempat percutian dan bersantai dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Masuk saja akhir tahun, makin ramailah yang berpusu-pusu ke Port Dickson untuk menghabiskan cuti tahunan, mengadakan hari keluarga, jamuan akhir tahun, dan sebagainya.

Selain pantainya yang menjadi tarikan, Port Dickson juga terkenal dengan banyak lagi tempat menarik seperti Kota Lukut, Ostrich Farm, dan Rumah Api Tanjung Tuan. Memang seronok! Nak tambah menarik, di sini kami senaraikan beberapa lokasi penginapan best untuk anda yang lain daripada lain.

10 Homestay & Penginapan ‘Best’ Di Port Dickson. Jom Bercuti!

1. Villa 969

Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Boleh memuatkan sekitar 13 ke 20 orang termasuk kanak-kanak!  Ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan outdoor – mini volleyball, badminton, takraw, permainan indoor – pingpong, karom dan catur, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969 ini.

Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.

Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson

No Tel: 013-3999340

Facebook: https://www.facebook.com/villa969/

Laman Web: http://www.villa969.com/

Harga: Bermula RM1,000 ke RM 2,500

2. Homestay Pool Kontena Port Dickson

Di Homestay Pool Kontena Port Dickson, anda boleh rasai pengalaman menginap di dalam kontena yang diubahsuai menjadi bilik tidur. Harga penginapan di sini juga sangat berpatutan. Bagi yang suka bercuti style backpacker, di sini terdapat penginapan kabin dengan katil double decker yang jauh lebih murah harganya. Ada juga homestay kontena yang dilengkapi dengan katil king bagi yang datang bercuti dengan keluarga. Bagi yang suka berenang, tempat ini cukup sesuai buat anda kerana swimming poolnya yang sangat luas !

Harga : Kabin Backpackers : Bermula RM 180 – RM 350/malam ( 8 orang/unit)

Kontena Family (Katil Single/King) : Bermula RM 98/malam

homestay menarik pd

homestay menarik pd

homestay menarik port dickson

3. Villa Lot 1638

Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Direkabentuk dan dimiliki oleh seorang arkitek, tak hairanlah senibinanya amat memukau! Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Seolah-olah menginap di hotel, tapi anda mendapat lebih privasi di Villa Lot 1638 ini kerana kurangnya kepadatan.

Terletak 1km dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan; di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Lokasi: Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson
No Tel: 019-310 5539
Facebook: https://www.facebook.com/L1638/

Laman Web: http://villalot1638.wixsite.com/mysite

Harga:  Bermula RM329 (Private Suite Room – 2 orang), RM390 (Private Luxury Suite Room – 2 orang), RM479 (1 Bedroom Garden Villa – 4 orang), RM619 (2 Room Balcony Villa – 6 orang), RM619 (2 Room Duplex Villa – 5 orang)

Salah satu unit duplex

4. Villa Sweet 18

Villa ini adalah antara yang menghadap ke laut bagi anda yang suka menikmati pemandangan matahari terbenam pada waktu senja. Villa dengan 5 bilik ini cukup luas serta dilengkapi dengan kolam renang yang besar. Nak swimming dan memancing di pantai pun dekat, nak berenang di villa pun best !

Lokasi : 18 Lorong Tj5, Taman Tanjung 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

No Telefon : 012-636 9694

Laman Facebook : Villa Sweet 18 

5. Homestay 133 Villa

Banglo yang terletak 1.5km dari Teluk Kemang ini juga tak kurang menariknya. Terdapat sebuah banglo dan sebuah chalet yang boleh anda pilih bergantung kepada keselesaan bilangan pengunjung. Banglo dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur manakala chalet pula dilengkapi dengan 2 buah bilik.

Dengan laman yang luas dan fasiliti yang lengkap, anda boleh berkaraoke,  BBQ, atau bermandi-manda di kolam renang yang besar dan selesa. Indoor games pun banyak disediakan seperti snooker, dart board, dan foosball. Mesti takkan bosan punya bila luangkan masa di sini!

Lokasi: 13, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Telok Kemang, Port Dickson
No Tel: 012-330 4632

Facebook: https://www.facebook.com/homestay133villa/

Harga: Bermula RM600/malam (chalet), dan RM1,100 hingga RM 1,500/malam (banglo)

6. The Cottage Home PD

Homestay ini pasti mengingatkan anda dengan suasana di overseas. Senibina homestay di sini cukup unik berkonsepkan cottage berwarna pastel. Ada juga pengunjung yang menyamakan pemandangan di sini dengan Amsterdam! Swimming poolnya juga cukup luas untuk anda dan anak-anak berenang. Di sini terdapat dua jenis penginapan iaitu banglo untuk penginapan 5 ke 6 orang dan studio unit untuk penginapan 2 orang. Kalau dah sampai sini, memang rugi kalau tak bergambar banyak-banyak!

Lokasi : NO1A & 1B Lot 3731, Kg.Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan

No. Telefon : 0111-1495235

Laman Facebook : cottagehomespd

Harga :  Unit Banglo : Bermula RM 450/malam

Unit Studio : Bermula RM 200+/malam

homestay menarik pd

homestay menarik pd

7. Widad Villa

Untuk anda yang inginkan sebuah rumah percutian yang betul-betul berhadapan dengan pantai, Widad Villa pasti akan membuat anda tersenyum. Bayangkan, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah saja untuk bermandi-manda di pantai dan menyertai sukan pantai.

Bukan sahaja dekat dengan pantai, lokasinya juga cukup strategik dan berhampiran dengan pelbagai tarikan menarik seperti Hibiscus Walk, Extreme park (aktiviti paintball, ATV), Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan Blue Lagoon.

Dengan laman yang luas, bayu laut, dan pemandangan pantai yang mengagumkan, anda tetap memiliki ruang privasi yang selamat dan selesa. Villa yang boleh menempatkan sehingga 50 0rang dalam satu masa ini cukup sesuai untuk dijadikan lokasi buat yang merancang untuk adakan Family Day dengan keluarga besar!

Lokasi: Lot 2672 Jalan Pantai Batu 12, Pasir Panjang

No Tel: 016 6579 638

Facebook: https://www.facebook.com/widadvilla/

Laman Web: http://widadvilla.com/

Harga: Bermula RM 2690 (2 hari 1 malam – 6 bilik dalam 1 unit villa)

8. Serenity @ PD

Senibina ala kolonial dengan beranda yang luas, siling yang tinggi, serta ruang bilik yang cerah dan berangin pasti akan memberikan anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jauh dari bandar, lokasinya yang dikelilingi kehijauan menyajikan ketenangan dan kedamaian daripada hiruk-pikuk kota.

Dengan laluan yang melalui hutan kecil dan terus ke pantai, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan bermain pasir di pantai. Selebihnya, biar gambar berbicara!

Lokasi: Bt 12 1/2, Jalan Pantai, Kg Teluk Pelanduk, Port Dickson

No Tel: 012-2113040

Facebook: https://www.facebook.com/SerenityatPD/

Harga: Bermula RM2,500 untuk 5 bilik, 4 orang setiap bilik (pakej termasuk sarapan dan afternoon tea)

 

homestay port dickson

homestay port dickson

9. Eagle Ranch Resort

Nak merasa percutian ala Wild Wild West dan Red Indian? Eagle Ranch Resort adalah sebuah lokasi yang unik dan menampilkan pelbagai keseronokan yang merangkumi aktiviti memanah, berkuda, go kart, berbasikal, dan teambuilding. Sempena pembukaan semula baru-baru ini, Eagle Ranch Resort juga menawarkan sewaan pelampung unikorn, canoe dan inflatable boat buat yang gemarkan aktiviti air!

Ada banyak pilihan penginapan dengan konsep tersendiri seperti Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/ Lower.

Lokasi: Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, Port Dickson

No Tel: 06-661 0495

Facebook: https://www.facebook.com/Eagle-Ranch-Resort-Port-Dickson-Official-301002870029261/

Laman Web: http://www.eagleranch.com.my/

Harga: Bermula sekitar RM200+ bagi Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/ Lower

Kampung House

homestay menarik port dickosn

Bandwagon Upper / Lower

10. 12 Haven Villa

12 Haven Villa merupakan homestay mewah yang berhampiran dengan Glory Beach, Port Dickson. Kolam renangnya juga cukup luas untuk anda dan anak-anak swimming sampai puas! Nak datang sini dengan geng pun best jugak ! 4 buah biliknya pula cukup selesa dan luas dan boleh memuatkan sehingga 12 ke 16 orang. Homestay ini turut menawarkan fasiliti menarik seperti karaoke, peralatan BBQ serta steamboat.

Lokasi : 12, Lorong Tj 5, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

No. Telefon : 012-390 0873

Facebook : 12haven – Stunning Seaside Luxury Villa. Sleeps 12

Laman Web :@12Haven Stunning Seaside Luxury Villa Port Dickson -Homestay with Private Pool 

Harga : Bermula Rm 2,321/malam ( 4 buah bilik, 3 orang setiap bilik)

 

homestay port dickson homestay port dickson homestay port dickson

Apa Lagi, Jom Bercuti!

Wah, rupaya ada banyak pilihan homestay yang lebih privasi selain hotel-hotel yang terdapat di Port Dickson. Sesuai untuk bercuti bersama pasangan, anak-anak, sanak-saudara, mahupun rakan-rakan.

Jadi, apa lagi, jomlah kita bawa ramai-ramai ‘serang’ Port Dickson dan berseronok di sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×