PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan bahawa sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 yang sepatutnya bermula 2 Januari dan 3 Januari 2022 ditangguhkan seminggu. Menterinya Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, mengambil kira situasi banjir ketika ini, sesi persekolahan akan bermula pada 9 Januari dan 10 Januari bagi kumpulan A dan kumpulan B.
Perkara ini dimaklumkan melalui media sosial Dr Radzi Jidin melalui Twitter dan Facebook.
Saya kongsikan penjelasan mengenai ketetapan terkini KPM berhubung pembukaan sekolah bagi penggal 3 Tahun 2021/2022.#KPMPrihatin pic.twitter.com/yUkSURzDId
— Radzi Jidin (@RadziJidin) December 24, 2021
RINGKASAN TARIKH BUKA SEKOLAH PENGGAL 3 KPM 2022
- Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu : 9 JANUARI 2022
- Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya : 10 JANUARI 2022
Semalam dimaklumkan bahawa beliau bersama pengurusan tertinggi KPM sedang membincangkan penyelarasan berkaitan sesi persekolahan bagi tahun 2022.
Setiap perkara diperincikan dengan mendalam bagi mencapai keputusan yang terbaik bagi membantu ibu bapa, guru serta murid membuat persediaan menjelang pembukaan sekolah.
Beliau juga memaklumkan bahawa jadual dan siaran media Kementerian Pendidikan Malaysia akan dikeluarkan secara rasmi dalam masa terdekat ini. Lanjutan satu minggu ini diharap dapat memberi masa kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir untuk kembali ke sekolah.