“Gatal sikit je ni, kejap lagi baik lah…”
Mungkin ramai dalam kalangan kita akan berkata sedemikian apabila berkait soal allergi. Memandang ringan dalam soal allergi sebenarnya boleh memudaratkan lagi keadaan tersebut. Hal ini kerana, anda perlu mendapatkan preskripsi ubat dari pakar supaya reaksi allergi ini tidak menjadi lebih teruk sehingga boleh membawa maut!
Betul ke boleh bawa maut? Ini adalah kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor dimana beliau mendapat pesakit yang mempunyai masalah allergi yang teruk sehingga boleh memberi kesan kepada jantung. Memang seram dan tidak boleh dipandang ringan!
MATI SEBAB “ALLERGIC REACTION”
Hah ni satu kes lagi saya nak kongsi kat semua, kes ni berlaku di klinik swasta tempat saya bertugas sekarang. Tepat jam7.50 pagi, saya menerima call dari triage counter (kaunter saringan), MA beritahu saya ‘’doktor, ada seorang perempuan dewasa, complaint of palpitation, look weak, ambulating with support, with generalise skin rashes. Nampak mcm allergic reaction. Very bad’’.
I terus stop the call and terus pergi ke bilik rawatan, Oya, bilik rawatan adalah sebuah bilik yang kami khaskan untuk meletakkan pesakit-pesakit yang berada dalam situasi kecemasan (emergency case) dan perlu dapatkan rawatan segera tanpa perlu beratur (sistem seolah-olah di jabatan kecemasan hospital juga). Contohnya kemalangan, luka bakar, sakit yang teramat sangat, heart attack, dsb.
Baik, kembali ke cerita tadi, saya melihat tanda vital pesakit, yaitu tekanan darah pesakit sedikit rendah, nadi tinggi dan kandungan saturasi oxygen alhamdulillah masih paras normal. Tiada demam. Saya terus berkomunikasi dengan pesakit, di mana soalan-soalan saya mengarah kepada punca dan tanda-tanda allergic yg bahaya.
RAMAI ANGGAP ALLERGIC GATAL-GATAL PERKARA BIASA
Oh ya, ramai di luar sana menganggap allergic reaction ni seperti gatal2 dan ruam merah pada badan adalah NORMAL. Tetapi bagi pesakit yang pernah menerima serangan alergi yg teruk, pasti mereka sudah mula takut or TRAUMATISED bila dpt serangan kedua walaupun cuma rasa gatal-gatal sahaja, kerana mereka mungkin sudah tahu apa komplikasi yang teruk jika tidak dirawat dengan segera.
Pesakit tersebut memberitahu kepada saya, dia sebenarnya allergi kepada seafood sebelum ni dan ruam gatal hanya muncul kadang2 sahaja. Pesakit akui dia ada makan seafood semalam waktu dinner. Omg! Hingga sekarang, dia dah muntah-muntah dan berak-berak lebih 4x, dia juga merasa jantung debar-debar, rasa nak pengsan, dan ruam merah pada seluruh badan. Tengah malam tadi mata dan bibir dia mula bengkak dan mula surut pagi ni.
Baik, semua tanda-tanda yang pesakit ni sedang alami adalah masuk dalam kategori ALLERGIC REACTION YANG BERAT ATAU SERIUS, we call this as an ANAPHYLACTIC REACTION. (Boleh tengok dalam gambar yg sy attach kat bawah ye..)
Why terjadi macam tu? Hah.. ni ramai orang beranggapan allergi ni tunggu satu-dua hari nanti hilanglah tu, boleh sembuh sendiri, cuma makan ubat tahan gatal je dulu. Ni ramai yang mempunyai persepsi rawatan allergi yang salah.
Allergic reaction adalah penyakit HYPERSENSITIVITY REACTION, dengan erti kata mudah adalah, benda tertentu yang masuk dalam badan kita atau kulit kita, menghasilkan tindak balas menyerang sel-sel badan normal yang dianggap sebagai benda asing. Maka berlakulah serangan bermacam-macam untuk cuba mengusir benda asing tersebut dari badan. (Akan saya bahas pada hantaran berikutnya)
PESAKIT ALAMI HEART ATTACK!
Jam sudah menunjukkan 8.10 minit, alhamdulillah pesakit masih sedar dan berkomunikasi dgn baik, disamping beliau, ada anak kecilnya berusia lebih kurang 8 bulan..saya memanggil suami pesakit dan menjelaskan keadaan pesakit sekarang perlukan rawatan rapi dan akan dirujuk ke hospital terdekat setelah kita stabilize masalah dia. Suami dan anak pesakit menunggu di luar bilik rawatan kami.
Saya memeriksa sekali lagi bacaan tanda-tanda vital pesakit, dan menunjukkan tekanan darah beliau semakin rendah… Alamak..* Jgn risau, pada awal lagi saya dah order injection supaya my MA prepare, saya masukkan BRANULA untuk laluan ubat kita, dan IV Drip telah pun dipasang pada awal pemeriksaan lagi untuk naikkan tekanan darah dan kurangkan kecepatan nadi. Kes spt ini, perlu rujukan ke hospital utk pemantauan dan takut ada delayed allergic reaction. my MA da buat panggilan ambulance juga.
Untuk penyakit alergi, standard ubat yang kita akan bagi adalah golongan steroid dan golongan anithistamine. Sejurus masuk ubat, pesakit mula rasa lebih tenang. tetapi jantung beliau masih berdebar2 (palpitation), dan bacaan HEART RATE pada machine tiba2 naik mendadak dan menunjukkan 150 bpm (wooowwwwooo ni sgt tinggi kak.. saya dah makin cuak dan risau, dia boleh ke arah collapse pada bila-bila masa)
Saya terus mengarahkan my MA untuk berikan saya satu ampul ADRENALINE di emergency trolley.. terus saya suntik melalui intramuskular pada bahu pesakit. Keadaan semakin cemas, saya terus memerhatikan tanda-tanda vital dan kesedaran pesakit. Dipendekkan cerita, pada saat pesakit mengalami tiba-tiba serangan seperti HEART ATTACK tersebut, keadaan sudah seperti kelam kabut dan dia bercakap terputus-putus ‘.. saya masih ingat dia berkata ‘doc… nafasss… sakitttttt.. doc”
Alhamdulillah, Allah bantu kami sembuhkan keadaan pesakit selepas injection adrenaline tersebut. Tanda vital mula stabil kembali.. 10 minit kemudian, Van ambulan sampai untuk membawa pesakit ke jabatan kecemasan untuk pemantauan lanjut. Suami pesakit juga sudah maklum. Alhamdulillah.. tiada yang buruk berlaku. Apa yang buruk? sudah pasti JANTUNG BERHENTI. Semua doktor tidak mahu berhadapan dengan JANTUNG BERHENTI tiba2. Jika tidak ada kelengkapan yang cukup dan kemahiran, sudah pasti ajal menjemput awal.
Terima kasih my teammates! Semoga pengalaman ini boleh dibawa ke masa depan bila sudah diserap masuk dlm KKM. Syabas my MA n nurses, superb! Sekian
Sumber: Dr.Arisman