Inspirasi

#ProjekMimpi: Bomba Tunai Impian Kanak-Kanak Penghidap Kanser Tahap 4 Undang Air Mata

758
SHARES
projek mimpi 1

Hati mana yang tidak luluh apabila melihat anak-anak yang masih kecil mengalami masalah kesihatan yang kronik. Begitu juga dengan perkongsian video yang dimuat naik di laman media sosial dan media perdana, mengenai kanak-kanak berusia 7 tahun menghidap kanser tahap 4.

Sudah diklasifikasikan di bawah status paliatif yang bermaksud tidak ada lagi harapan untuk dirinya, kanak-kanak ini masih mempunyai impian untuk menjadi seorang bomba. Ternyata, video dimana pihak bomba merealisasikan impiannya ini bakal mengundang air mata anda.

Permintaan terakhir kanak-kanak penghidap kanser otak

Hasrat seorang kanak-kanak penghidap kanser otak, Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat yang ingin menaiki jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tercapai setelah dibawa menaiki kenderaan yang dipandu sendiri Pengarah JBPM Pahang di sini, hari ini.

Meskipun lumpuh seluruh badan dan tidak boleh bercakap, namun, Ahmad Danial Ahmad Suhairi, 7, yang lengkap dipakaikan uniform JBPM dibawa bersiar-siar sekitar Beserah di sini, selama kira-kira 10 minit.

JBPM PAHANG DAN PESONA REALISASIKAN IMPIAN

Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohammad, berkata hasrat kanak-kanak itu disuarakan oleh Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) yang mahu menunaikan impian Ahmad Danial yang bercita-cita menjadi anggota Bomba.

Menerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser – Pesona, Danial disahkah penghidap kanser otak DIPG. Ibu bapa kanak-kanak ini akur dengan ketentuan takdir bahawa DIPG ialah kanser yang tidak dapat dirawat. Namun, pada setiap peluang dan kesempatan, mereka akan mencuba untuk memberikan Danial apa jua harapan untuk kembali pulih.

Bukan itu sahaja pihak bomba Pahang juga memang berhasrat dan  tidak mahu untuk melengah-lengahkan lagi masa bagi merealisasikan hasrat anak ini.

Sumber : Berita Harian, Buletin TV3, Bomba Pahang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×