Dapur

Tong Gas Boleh Meletup Jika Disimpan Bawah Dapur Memasak Kabinet Bertutup, Awas!

7
SHARES

Gas LPG merupakan jenis gas yang digunakan oleh leboh 80% rakyat Malaysia untuk memasak. Tapi, ramai yang tidak tahu bahawa cara penyimpanan yang tidak betul sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada pengguna. Hal ini kerana, penyimpanan tong gas di tempat yang bertutup akan memudahkan lagi tong gas tersebut untuk meletup!

TONG GAS BOLEH MELETUP JIKA SIMPAN DALAM DAPUR KABINET

Pengurus Jualan Kawasan Wilayah LPG Petronas Khalil Fairy Baharim berkata, sifat asas gas LPG iaitu butane dan propane, tidak berbau, tidak berwarna serta lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.

Oleh itu katanya, sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia mengeluarkan bau busuk agar senang dikesan jika berlaku kebocoran.

“Di rumah, kebanyakannya menggunakan hos gas plastik lut sinar yang mudah didapati namun ia tidak disyorkan kerana hos jenis itu akan mengeras dan patah jika digunakan agak lama. Malah ia akan mengembang dan longgar jika terdedah kepada keadaan panas, selain mudah terbakar bukan untuk diguna pakai bagi memasak menggunakan gas LPG.”

“Sebaliknya disyorkan menggunakan hos getah yang mempunyai ketahanan tinggi yang biasanya diperbuat daripada getah lebih tebal dan berwarna hitam. Pastikan ia mempunyai tanda pengesahan SIRIM,” katanya lagi.

Panduan keselamatan di dapur yang disyorkan Petronas

1.Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.

2.Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

3.Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.

4.Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

5.Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.

6.Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.

7.Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.

Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan

1.Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.

2.Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.

3.Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.

4.Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.

5.Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.

6.Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.

7.Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.

8.Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

Cara Mengesan Kebocoran Gas

1.Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.

2.Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.

3.Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.

4.Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×