Famili

Tampil Dengan Lebih Unsur Kekeluargaan, Patahnya Sebelah Sayap Kembali Untuk Musim Kedua.

5.6K
SHARES

 

Patahnya Sebelah Sayap musim pertama yang berjaya mencatatkan 3.2 juta jumlah tontonan di seluruh Malaysia, kini bakal kembali untuk musim kedua!

 

 

 

Jika anda masih ingat pada musim pertama, watak Alisha yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera sangat mencabar apabila beliau terpaksa menempuh pelbagai rintangan akibat pengkhianatan daripada orang yang paling disayanginya.

Mari kita imbas kembali, perjalanan Alisha dalam Patahnya Sebelah Sayap musim yang pertama…

Dipenjarakan kerana salah laku orang lain

Alisha terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran hidup selepas dipenjarakan akibat perbuatan yang tidak dilakukannya…

Alisha telah dikhianati oleh teman lelakinya sendirinya, Amzar (lakonan Izzue Islam), dalam satu kejadian langgar lari bagi melindungi dirinya sendiri…

Alisha yang dipenjarakan selama dua tahun atas kesalahan itu, pada mulanya mempercayai Amzar kerana beliau seorang peguam dan teman lelakinya. Sudah tentu, dia akan melindungi Alisha bukan? Namun, Alisha ternyata silap apabila Amzar meletakkan kesalahan itu sepenuhnya pada dirinya.

Nasib Alisha terus muram, apabila ibu yang disayanginya secara tiba-tiba dijemput Ilahi selepas terjatuh ketika pulang dari melawatnya di penjara.

Dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dia bebas daripada jeriji besi…

Selepas keluar daripada penjara, Alisha bekerja sebagai seorang tukang cuci dan berjumpa dengan Kuzairi (lakonan Aeril Zafril). Kuzairi merupakan pemilik syarikat di tempat dia bekerja dan juga suami kepada mangsa kejadian langgar lari dua tahun lalu.

Masih tidak berpuas hati dengan Alisha, Amzar berterusan mengganggu kehidupannya supaya tiada siapa mengetahui mengenai perbuatan hitamnya dulu.

Kuzairi yang menaruh hati kepada Alisha, berjaya membongkar dalang sebenar yang menyebabkan isterinya meninggal dunia dan Amzar pula dihukum akibat perbuatan lampaunya.

Boleh kita katakan, hidup Alisha penuh dugaan kan? Walaubagaimanapun, dia bernasib baik kerana mempunyai seorang adik yang sentiasa menyokongnya dalam membina semula kehidupan termasuklah apabila dia berjaya membuka sebuah kedai pastri…

MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DI TV3

Kesinambungan daripada musim pertama, Patahnya Sebelah Sayap musim kedua bakal menemui penonton pada 22 Mei 2018, setiap hari  Selasa dari jam 9.50 hingga 10.00  malam. Hanya di TV3Bestnya!

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengikuti perjalanan hidup Alisha dan Kuzairi selepas mereka mendirikan rumah tangga!

“NIVEA Creme” MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Seiring tayangan Patahnya Sebelah Sayap yang akan datang, “NIVEA Creme” dengan tema selembut salam kemaafan sangat berbesar hati untuk menaja musim kedua drama kegemaran ramai itu bagi memastikan hubungan kekeluargan terus erat dengan menggunakan “NIVEA Creme”.

“NIVEA Creme” adalah krim serbaguna yang dapat membantu memberikan kelembapan untuk kulit dan juga bibir. Selain itu, “NIVEA Creme” juga dapat membantu melembutkan siku, lutut dan juga tumit dengan penggunaan yang kerap.

Menjelangnya Ramadan anda boleh dapatkan “NIVEA Creme”  di kedai-kedai yang berhampiran, bagi memastikan kulit kekal hidrat walaupun sedang berpuasa!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×