Famili

“Takut Terkenan Dekat Anak Kami”- Ibu Anak Istimewa Terkelu Sikap Orang Masih Percaya Perkara ‘Taboo’

144
SHARES

Anak-anak istimewa hanya dimiliki oleh ibu bapa yang hebat saja. Ketahuilah, mereka adalah anak-anak syurga merupakan rezeki terindah yang dianugerahkan kepada mereka yang kuat dan hebat. Namun, masih ada lagi segelintir masyarakat yang berasa kurang senang dengan kehadiran anak syurga ini.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan Puan Norzalinda Hamzah melalui pengalamannya yang memiliki anak syurga. Seorang lelaki telah meminta dia menjauhkan anaknya dari ibu-ibu mengandung kerana risau akan terkenan kepada anak yang bakal lahir. Tak sangka ya, masih ada lagi individu yang percaya perkara ‘taboo’ ini.

Baca juga: Peguam Syarie Kongsi Apa Isteri Boleh Tuntut Bila Suami Minta Poligami, Jangan ‘Blur’ Depan Hakim

IBU ANAK ISTIMEWA TERKELU ADA LAGI ORANG PERCAYA PADA ‘TABOO’

Lama tak buat post panjang. Hari ni nak ceritalah sikit mengenai kesedaran dan taboo.

Baiklah. Sebenarnya dah lama Alisha ni tak ada appointment pagi sebab dah bertahun kes dia dipindahkan ke CP klinik (hasil usaha Dr. Grace).

CP klinik ni pada waktu petang dan terhad 1 pesakit untuk sejam dan disertai 5 pakar iaitu pakar perubatan, fisio, dietian, bedah dah gigi.

Tapi, Dr. Grace dah berpindah maka tiada lagi klinik CP untuk anak-anak CP Batu Pahat (tak ramai ya).

Jadi hari ini appointment Alisha jam 10.00 pagi tapi macam biasalah, pukul 9.30 baru akak balik rumah. Akak habiskan kelas pagi dulu, lepas tu balik siapkan dia siapkan beg susu dia pum pang pum pang dah 10.30.

Akak? Chill je drive tenang-tenang sampai hospital 11.00 pagi. Ingatkan dah tak ada orang rupanya masih ada lagi ibu-ibu mengandung (rupanya klinik hari ni peads dan ibu mengandung di satu tempat).

Lepas daftar Alisha, akak tolak dia duduk dekat tepi. Jujur tangan akak sakit sangat, muka dah tak rupa orang dah dengan peluh dengan tudung dah herot sebab angkat stoller, pasang stroller, tolak dia (jauh ok- kami tak entitled untuk parking OKU).

Tambah perut lapar akak tak sempat teguk air pun.

“BOLEH JAUHKAN ANAK AWAK DARI KAWASAN INI? BOLEH TERKENAN…”

Gambar hiasan: BetterHelp.

Tapi…….. dalam keadaan akak keletihan macam tu tetiba ada seorang lelaki muda (awal 30an mungkin) menegur.

“Awak, boleh tak awak jauhkan anak awak dari kawasan ini?”

Akak terus toleh mereka suami isteri. Pastu akak toleh Aisha bangun cium anak aku membuang ke? Tembus ke? Tapi tak ada wangi ok wangi.

Akak terus toleh dan tanya. Kenapa?

Jawapan dia..

“Ini semua ibu-ibu mengandung, awak bawak anak awak macam ni ke sini. Awak tahu tak boleh terkenan pada anak-anak kami.”

KAKAK RASA ‘BLUR’ TAPI AKAK BALAS DENGAN TENANG, AKAK CAKAP…

Akak blur guys. Blur. Akak hilang kata. Akak toleh dia akak terus cakap dengan tenang.

“Jangan risau. Awak tak akan dapat anak macam ni sebab awak tak hebat macam saya. Orang hebat je boleh dapat anak macam ni. Awak? Lembik.”

Dan akak terus main phone. Last-last dia yang bangun.

Alahai dah 2022 masih ada lagi yang percaya kenan. By the way, Alisha lawa je hari ni style je, wangi je (sebab dia sakau perfume mummy).

Akak dok terfikir sampai sekarang, apalah salah anak aku dan aku sampai pergi hospital pun tak boleh. Eh dia ingat best ke pergi hospital?

REAKSI KURANG SENANG DARI NETIZEN!

Ekoran tindakan lelaki itu yang percakapannya ‘tidak bertapis’, ia telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dalam kalangan netizen.

Ada netizen yang menyatakan, “Kun Fayakun. Kalau Allah kata jadi maka jadilah, bukan sebab kenan.”

Malah, ada yang memberikan kata-kata sokongan dan semangat kepada Puan Norzalinda.

“Betul puan, semua yang Allah uji itu hebat. Puan hebat cara ini…”

Sumber: Facebook Norzalinda Hamzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×