Famili

Takut Anak Gigi Jongang? Doktor Ini Kongsi Cara Hindari Anak Suka Hisap Puting Susu & Jari

245
SHARES
anak hisap jari

“Doktor, apa beza anak hisap jari dengan hisap pacifier? Kesan sama ke lain?”

Proses memisahkan anak-anak kecil dengan puting susu (pacifier) dan hisap jari adalah bukan kerja yang mudah. Bila anda sudah memisahkan anak dengan puting susu, mereka akan mula menghisap jari dan akan berlarut sehingga ke umur dewasa. Salah satu kesan yang boleh terjadi kepada anak-anak adalah gigi akan menjadi jongang dan akan terjadinya open bite.

Jadi, macam mana nak buat?

“Macam mana anak boleh jadi jonggang kalau hisap jari atau pacifier nih?”

Actually, kesan dalam jangka masa panjang memang ada, tapi kalau anak hisap jari atau pacifier sekejap-sekejap dan berhenti seawal 12 bulan tiada kesan jangka panjang. Kalau anak dah 24 bulan dan ke atas masih hisap jari atau pacifier ada kesan pada gigi susu dan tulang rahang atas anak.

Kesan adalah sama, sama ada hisap jari atau hisap pacifier. Gigi akan kelihatan jonggang atau Overjet (OJ) dan juga gigitan gigi depan terbuka atau anterior open bite (AOB).

Kesan dari hisap jari dan pacifier boleh ubah pembentukan atau development pada tulang rahang atas dan kedudukan gigi. Bila anak hisap jari atau pacifier, kedua-dua pipi akan ke dalam dan akan ada tekanan pada mulut dan lelangit terutama lelangit depan. Bila habit suckling berterusan dan lama, bentuk pada tulang rahang dan lelangit depan akan berubah mengikut bentuk jari dan pacifier. Rahang atas akan jadi sempit (narrow arch) dan akan terbentuk ‘ruang’ (open bite) di antara gigi atas dan gigi bawah disebabkan kedudukan jari atau pacifier yang berada di antara gigi atas dan bawah.

“Macam mana nak elak anak hisap jari atau pacifier kalau umur dah 3 tahun ke atas?”

Agak sukar sebenarnya, sebab hisap jari atau pacifier dah jadi habit. Cuma bagi anak yang hisap pacifier mungkin lebih mudah untuk berhenti, berdasarkan pengalaman ibu, mama dan ummi yang kongsi pengalaman di post sebelum ini. Kebanyakkan ibu ibu berjaya hilangkan tabiat anak dari menghisap pacifier pada usia 6 tahun ke bawah dengan pelbagai teknik dan taktik.

Bagi anak yang hisap jari, mungkin agak sukar, sebab jari sentiasa ada bersama anak-anak. Tak kira siang atau malam, anak ada peluang untuk hisap jari walaupun dilarang. Mommies, emak dan ibu yang ada pengalaman cara ‘putuskan’ tabiat anak yang hisap jari pada usia yang dah lebih 3 tahun?

Moga manfaat, boleh #SHARE pada pasangan atau kawan-kawan yang ada anak-anak yang ada habit hisap jari dan pacifier.

Sumber : Dr Izaza Mohd Zan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×