Sihat

Tak Sangka Rupanya 5 Jenis Ikan Ini Dikatakan Penyebab Gatal Dan Angin Badan

4.7K
SHARES

Benarlah kata orang-orang tua bahawa makanan yang kita ambil mempunyai kelebihan dan keburukan. Terutama sekali makanan yang dikatakan mempunyai banyak ‘angin’ dan boleh membuatkan tubuh badna kita memberi tindak balas yang kita sendiri tidak sangka. Kadang-kadang perasan atau tidak apabila kita makan sesetengah jenis ikan, badan kita akan jadi gatal-gatal dan perut berangin. Kenapa boleh jadi macam itu? Ikan pun ada angin ke?

TOP 5 IKAN PALING GATAL, PALING “ANGIN”.

Gatal ekzema tak henti? “Angin” dan mental akibat refluks dan kembung? Sakit kepala migrain tak kurang-kurang? Loya dan nak muntah, perut tak selesa? Bengkak sana-sini… Anda tengah berpantang lepas bersalin? Info ini SANGAT PENTING.

Berpantang ni bukan perkara sia-sia macam sesetengah orang fikirkan. Memang lah lain individu lain reaksi..tetapi bagi mereka yang alah, berpantang mungkin menyelamatkan nyawa, jiwa dan raga. Contohnya lepas bersalin. Orang tua-tua tak mengarut bila mereka kata kena pantang lepas bersalin. Itu mengikut pemerhatian mereka terhadap reaksi makanan kepada badan.

Saya ambil contoh :

Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif. Rahim juga lambat pemulihannya. Orang tua panggil BENTAN.

Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:

– Badan jadi SENSITIF, mudah radang bengkak secara teorinya.

– Histamin berlebihan juga menyebabkan pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.

– Emosi boleh terganggu. Kerisauan, fikir negatif banyak-banyak.

– Badan jadi gatal dan ruam timbul.

– Asid perut naik, perut jadi kembung, aktif dan berbunyi. Loya dan cirit birit.

Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alaha seperti ekzema, resdung dan asma, pantang dahulu makanan histamin buat sementara.

INILAH 5 JENIS IKAN YANG ANDA PERLU ELAK

1. ikan kembung

2.Ikan tongkol

3. Ikan cencaru

4. Ikan bawal (hitam/emas)

5. Ikan pari

Tak salah untuk makan tetapi dinasiihatkan untuk anda mendapat preskripsi yang betul dari pakar supaya tak tersalah jumlah ikan yang diambil nanti ya!

Sumber : Hafiz Sulaiman, The Biohealer

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×