Sihat

Rupa-Rupanya Ini 5 Jenis Kandungan Makanan Yang Boleh ‘Trigger’ Ekzema Anak

231
SHARES

“Rasanya dah pantang dah semua makanan yang doktor tak bagi makan..kenapa badan si kecik ni merah-merah lagi…”

Ibu-bapa yang anaknya hidap ekzima pasti sentiasa berhati-hati memilih makanan untuk mereka. Walaubagaimana pun, kadang-kadang ada kandungan makanan yang ibu bapa terlepas pandang yang sebenarnya boleh menyebabkan radang ekzema tersebut makin menjadi-jadi. Oleh itu, doktor ini telah kongsi 5 bahan makanan yang patut dihindari oleh penghidap ekzema khususnya anak kecil.

KANDUNGAN MAKANAN YANG PERLU ELAK

“Penghidap eczema. Pastikan bahan ini tiada dalam makanan anak! Sejak dah jadi mak-mak ni memang jadi habit bila beli makanan mulalah meneliti bahan-bahan apa guna untuk buat ramuan. Simple guide: Kalau ada bahan yang susah eja susah baca biasa memang saya elakkan. Namun untuk penghidap eczema, ada beberapa bahan yg mesti dielakkan supaya tak trigger flare eczema. Kalau tak elak, dalam masa 3 jam lepas makan mulalah ruam naik. Ada yang datang dengan simptom lain seperti pening, migraine, mudah marah, rasa nak demam, masalah kelakuan. Ni memang anak yang takde eczema pun kalau lepas beri makanan begini akan hadapi masalah kat atas.”

1. Nitrates

Nitrate adalah bahan yang diguna untuk preserve daging macam sosej, ham dan bacon. Menurut kajian dari Loblay, 43 peratus penghidap eczema alah dengan nitrate. Nitrate pun untuk yang tak ada eczema kena elak sebabnya adalah punca penyebab kanser dan kerosakan hati. So lepas ni burger, sosej, ham elakkan ye.

2. Pewarna makanan

Kalau nampak makanan warna pelik-pelik elakkan. Tatrazine menyebabkan eczema makin teruk. Bukan itu sahaja pewarna makanan mengikut kajian sebabkan anak ada masalah kelakuan dan rendah IQ. Kalau makanan biasa juga kerapkan baca label sebab ada pewarna diletakkan juga dalam cereal, breakfast cereal, butter, yoghurt, jejari ikan etc. Walaupun warna dia nampak natural kena hati-hati jugak sebab ada diletakkan pewarna.

3. Sulfites

Bahan yang digunakan untuk preserve daging, buah kering dan sayuran kering. Walaupun buah kering di pasaran dikira sebagai healthy snack tp ia kaya dgn sulfites dan boleh trigger eczema dan terukkan lagi eczema sedia ada. Elakkan buah-buahan dan sayur-sayuran kering yg dipreserve dengan sulfites.

4. MSG

35 peratus orang eczema alah dengan MSG sama ada secara natural (tomato) atau artificial. MSG jugak menyebabkan penuaan sebab mengurangkan kandungan glutathione dalam badan.

5. Salicylates

Contoh buah-buahan yang mengandungi salicyaltes

Salicylates merupakan bahan yang selalu ada dalam buah, sayuran, kekacang, herba. Biasanya alahan pada salicylates bersifat sementara disebabkan ketidakupayaan hati untuk detox, salicylates keluar dari badan. Jika anda alahan pada salicylates kurangkan makanan yg mengandungi salicylates. Pada masa yang sama improve kesihatan hati dengan mengambil makanan yang mengandungi glycine, vitamin B6 dan magnesium.

MENYEBABKAN MASALAH KELAKUAN, IQ & PUNCA KANSER

Saya rasa bukan orang eczema je perlu elakkan makanan yg mengandungi bahan kat atas tapi semua manusia kena elak. Ia bukan isu kulit merah tapi makanan sebegini juga menyebabkan masalah kelakuan, masalah IQ dan paling ditakuti antara makanan penyebab kanser. Seeloknya ubahlah diet kita. Badan nak pakai lama kan. Saya pun nak kena ubah jugak banyak ni. Jom sama-sama ubah. Nak sihat kembali pada fitrah.

*Lepas ni boleh lah lebih berhati-hati kan? 🙂

Sumber: Amalina Mohd Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×