Hebahan

Tak Perlu Panggil Pelayan, Ini Cara Baru Daripada WeChat Pay Untuk Order Makan Di Kedai Mamak

9.3K
SHARES

“Anne! Teh tarik satu!”

Orang Malaysia sudah biasa dengan kedai mamak. Tidak kira waktu pagi, tengah hari atau malam, pasti ramai pelanggan di kedai mamak. Senang cerita, setiap masa. Lebih-lebih lagi kalau ada perlawanan bola sepak. Memang penuhlah jawabnya.

Kenapa agaknya orang suka makan di kedai mamak ya? Mestilah sebab makanan yang pelbagai! Macam-macam ada. Kalau dulu, kita akan panggil pelayan untuk ambil pesanan. Sekarang lebih semuanya di hujung jari. Macam mana nak buat tu?

Tak sangka boleh guna WeChat Pay di kedai mamak sekarang!

WeChat Pay baru dilancarkan pada Ogos 2018 ni semakin berkembang maju. Dengan WeChat Pay, anda tak perlu risau kalau tiada wang tunai dalam dompet apabila berada di kedai mamak. Muat turun saja WeChat Pay di telefon pintar anda, selesai masalah!

Cuba bayangkan kalau kita pesan teh tarik di kedai mamak. Tapi, dalam dompet ada sekeping RM50. Bukankah susah? Bila dapat tahu boleh guna WeChat Pay di kedai mamak, memang gembira. Senang nak bayar makan di kedai mamak lepas ni. Yay!

WeChat Pay ada cara baru untuk order makan di kedai mamak, ‘Smart Order

Apa yang akan terjadi kalau kedai mamak penuh dengan orang? Anda akan berasa sukar untuk memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Rumit betul. Tidak mengapa. WeChat Pay ada penyelesaian untuk anda, iaitu Smart Order!

Sekarang anda boleh guna Smart Order di dalam aplikasi WeChat Pay untuk membuat pesanan di kedai mamak. Pesanan yang didigitalkan ini bertujuan untuk memudahkan sesi lepak di kedai mamak kegemaran para pengguna. Bagusnya!

Dengan Smart Order oleh WeChat Pay, anda boleh pesan makanan daripada menu dalam aplikasi. Pilih saja menu yang paling anda gemari di kedai mamak. Kemudian, boleh bayar secara langsung di situ. Guna hujung jari saja. Mudah bukan?

Risau makanan lambat atau tidak sampai kepada anda? Eh, tidak perlu khuatir. Selepas membuat pesanan dengan Smart Order, makanan itu akan dihidangkan terus oleh para pelayan. Baru pesan, makanan sampai tepat pada masanya.

Mahu tahu cara menggunakan Smart Order daripada aplikasi WeChat Pay ni? Lihat di bawah ya.

Senang sahaja caranya bukan? Lebih menarik, ada promosi istimewa untuk anda yang gunakan Smart Order ni.

Promosi oleh WeChat Pay khas buat mereka yang menggunakan ‘Smart Order‘!

Buat anda yang mahu menggunakan Smart Order oleh WeChat Pay, anda akan dapat promosi ni. Hanya perlu berbelanja minimum RM8, boleh dapat potongan sebanyak RM3. Fuh! Promosi ‘Smart Order ini boleh digunakan sehingga 4 kali dalam sebulan sehingga 31 Julai 2019. Take note  ya!

Download aplikasi WeChat Pay dan cuba di kedai mamak sekarang!

Bila dah ada WeChat Pay, hidup jadi lebih mudah. Tidak perlu menunggu pelayan untuk datang kepada anda. Anda juga tidak perlu beratur panjang untuk menunggu makanan di kedai mamak. Guna saja Smart Order. Habis cerita!

Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi WeChat Pay di WeChat.com sekarang di telefon pintar anda. Banyak lagi ganjaran yang anda boleh peroleh. Untuk info lebih lanjut, boleh terus ke Facebook Page WeChat Pay MY di bawah ya.

Dah muat turun nanti, boleh ajak keluarga atau kawan-kawan pergi lepak di kedai mamak. Ajar mereka guna Smart Order daripada aplikasi WeChat Pay tu. Mereka pasti kagum!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×