Bermula 1 hingga 31 Januari ini, rakyat Malaysia Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh mengemukakan permohonan baharu. Kemaskini BKM dibuka bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing. Pembayaran BKM dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran BKM pertama dijangka pada Mac 2022.
Baca juga: Bayaran BKC Fasa 3 Mulai 20 Disember. Ini Cara Semakan Status & Jumlah Yang Akan Diterima
TAK PERLU KEMASKINI BKM 2022 JIKA PERMOHANAN SUDAH DITERIMA
Sebelum kemaskini, sila check status dahulu. Kalau status permohonan diterima, tak perlu update apa-apa kalau gaji dah berubah, sila update bahagian gaji sahaja.
Untuk dokumen pula, kalau dokumen melebihi tiga, convert semua dokumen guna pdf, then baru upload guna pdf lebih mudah.
Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yang mempunyai perubahan maklumat:
- Status Perkahwinan
- Bilangan Anak
- Jumlah Pendapatan
Anda boleh mengemaskini BKM22 di link: https://bkm.hasil.gov.my/
Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut:
- Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai
- Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak
- Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru
Bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login untuk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.
Tempoh Kemaskini: 1 Januari 22 – 31 Januari 22.
Sumber: Facebook Mieza Azlan