Rakyat

Bayaran BKC Fasa 3 Mulai 20 Disember. Ini Cara Semakan Status & Jumlah Yang Akan Diterima

37
SHARES

BAYARAN BKC FASA 3 (BANTUAN KHAS COVID19) MULAI 20 DISEMBER 2021 (ISNIN)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) FasaTiga akan diberikan secara berperingkat bermula 20 DISEMBER 2021.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri melalui sebuah kenyataan khas oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

Menurutnya, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat pada Isnin ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC sedikit sebanyak meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

semakan bkc fasa 3

Berikut dikongsikan cara buat semakan status BKC bagi memastikan sama ada anda merupakan penerima bantuan tunai BKC ini.

Cara Buat Semakan Status

Cara semakan status boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari laman web BKC di pautan berikut: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Isikan nombor kad pengenalan pada ruang yang tersedia
  3. Masukkan kod keselamatan dengan betul
  4. Status anda akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah.

 

Cara semakan bkc

 

Jika anda merupakan penerima BKC, anda akan mendapat status seperti berikut:

Semakan bkc

Jika tidak berjaya, paparan status anda adalah seperti berikut:

Semakan bkc status

Jumlah Bayaran BKC Fasa 3

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC yang layak mengikut kategori:

bkc fasa 3

Kaedah Pembayaran

 

Bayaran BKC akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) pula akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bank berkenaan akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut BKC boleh dirujuk melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

Info lengkap termasuk kriteria penerima dan jumlah bantuan yang bakal diterima juga boleh didapatkan melalui Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×