Hebahan

Pakej PEMULIH: Bantuan Isi Rumah Sehingga RM1,300 Mulai Ogos

76
SHARES

Oleh kerana negara kita sedang dilanda dengan gelombang ketiga penularan wabak Covid-19, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu rakyat yang terjejas. Oleh itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman kas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomu (PEMULIH) hari ini.

PEMULIH- PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI

Dalam sidang media sebentar tadi, Perdana Menteri mengumumkan sehingga hujung tahun ini bantuan tunai langsung kepada rakyat akan disalurkan dalam PEMULIH.

-BPR- RM500 pada bulan Julai- bayaran berperingkat mulai esok (29 Jun 2021)

-BPR FASA 3 – bayaran pada September

Berikut merupakan tiga kategori Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang disenaraikan dan akan menerima pembayaran mulai Ogos.

Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan November;

Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan

Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.

Sumber: TV3 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×