Rakyat

Bayaran BKM Mulai 28 Mac Ini Secara Berperingkat Mengikut Kelayakkan

58
SHARES

Pembayaran fasa satu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bernilai hampir RM2 bilion akan diagihkan secara berperingkat mulai 28 Mac ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran BKM itu membabitkan sebanyak 8.6 juta penerima.

Baca juga: Tak Perlu Kemaskini BKM 2022 Jika Permohanan Sudah Diterima

BAYARAN BKM MULAI 28 MAC INI SECARA BERPERINGKAT

Memetik laporan Harian Metro, penerima BKM akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

“BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40. Pembayaran BKM ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut Ramadan 1443 Hijrah,” jelasnya.

Selain itu, penerima BKM untuk isi rumah, warga emas dan individu bujang dibayar pada 28 Mac hingga 8 April ini yang akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Jika penerima tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, tarikh pembayaran pada 30 Mac ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).  BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei tahun ini untuk tempoh sebulan.

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×