Deko & Hias

Tak Payah Belek Catalog, Ini 4 Langkah Mudah Pilih Warna Cat Rumah Secara Digital

9.3K
SHARES

Setiap kali mahu mengecat dinding, ketika memilih warna lah perkara yang paling rumit untuk difikirkan. Ini kerana jika salah pilih warna, pasti rumah jadi kusam atau gelap. Pemilihan warna yang betul akan menaikkan lagi seri satu rumah itu.

Apabila berada di kedai cat, pasti anda akan jadi keliru dengan pilihan warna yang ada. Manakan tidak, pilihan warna yang ada mencecah ribuan pilihan. Pasti jadi rambang mata bila lihat semuanya! Tetapi jangan risau lagi, salah seorang pengguna laman Facebook, Ben Safwan berkongsi cara untuk memilih warna yang sesuai dengan mudah. Hanya guna apps yang dimuat turun, anda tak perlu lagi nak belek catalog. Nak tahu lebih? Jom kita lihat apps yang perlu dimuat turun.

1 Hari Boleh 50 Kali Cat Rumah

Punyalah senang guna apps ini, anda hanya boleh scroll warna dan lihat apa yang sesuai dengan rumah anda. Cara cara penggunaan apps tersebut juga diajar bagi menyenangkan lagi kerja anda. Dalam 1 hari anda boleh cat rumah sampai 50 kali!

1 hari 50 kali boleh cat rumah sampai jumpa warna idaman ! Heee

Senang sahaja ikut step ini. Nippon tak best appsnya. Guna Dulux Visualizer MY. Downloand di Appstore or Google Play.

1 – Install apps

2 – Kena allow setting untuk guna kamera. Untuk mula tekan simbol kamera

3 – Ambil gambar direct atau tekan simbol dalam bulatan dan akses gambar dalam album. Pilih gambar dinding.

4 – Pilih More Colour dan mulalah bereksperimen. Lepas pilih colour,tap pada ruang dinding.

Mudahhh kan . Copy code colour dan pergi ke kedai Dulux / kedai jenama lain yang seakan sama warnanya. Tapi kalau nak tepat,Dulux lah sebab ini app dia. Silakan mengecat. Haa

Sumber : Ben Safwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×