Famili

“Tak Lekang Perkataan Lucah…”- Lelaki Terkejut Tengok Kanak-Kanak Tonton Movie Lucah Di Surau

7
SHARES

Dari permainan video sehinggalah rancangan hiburan kanak-kanak, semua semakin tercemar dan dipenuhi dengan aksi lucah. Perkara ini sudah tentunya akan membimbangkan ibu bapa kerana takut si anak terpengaruh dan mahu mencubanya secara senyap-senyap.

Hal ini sama seperti perkongsian seorang pemuda bernama Haikal Zulkefli di laman Facebooknya yang terkejut melihat sekumpulan kanak-kanak melihat dan melakukan aksi lucah ketika di surau. Sungguh menghibakan!

Baca juga: Budak 10 Tahun Jadi Mangsa Scammer, Duit Ayah Lesap RM148,000!

LELAKI TERKEJUT TENGOK KANAK-KANAK TONTON MOVIE LUCAH DI SURAU

Jelas pemuda bernama Haikal Zulkefli, beberapa hari lepas dia mengunjungi sebuah surau untuk menunaikan solat Maghrib. Setibanya di sana dan mahu masuk ke dalam surau, dia ternampak sekumpulan kanak-kanak berusia 5-7 tahun sedang berkumpul.

Alkisahnya beberapa hari lepas saya mengunjungi sebuah surau untuk solat Maghrib ketika itu. Selesai ambil wuduk terus, berkejar sebab tak nak masbuk. 

Masa nak masuk surau, nampaklah ada sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan 5-7 tahun sedang berkumpul. Tapi sebab nak cepat, saya masuk tanpa hiraukan mereka. 

Setelah selesai menunaikan kewajipan, dia bertindak menyorok di sebalik tembok masjid kerana mahu melihat apa yang dilakukan oleh sekumpulan kanak-kanak tersebut.

Bila dah selesai solat, on the way nak pergi ke kereta masih nampak lagi mereka berkumpul. Tak tahulah kenapa rasa nak pergi dekat mereka, tapi rasa tak sedap hati.

Saya cuba nyorok juga di sebalik tembok masjid sebab nak tengok apa yang diorang buat tanpa diorang sedar. Biasa kalau budak-budak tengah happy ni sama ada main ML atau tengok video.

Dia terkejut apabila mendapat tahu mereka sedang melihat movie BL dan ketika itu adegan lelaki sama lelaki sedang berciuman. Sedih dan terkejut melihat situasi tersebut, dia mengambil keputusan untuk menyuruh sekumpulan kanak-kanak berkenaan berhenti melihat adengan tidak senonoh itu.

Tapi kali ni terkejut bercampur sedih. Agak-agak korang sebab apa? Sebab bila dah dekat dengan diorang, tak lekang dari mulut masing-masing perkataan lucah yang saya sendiri pun tak tergamak nak sebut. Paling tergamam, diorang buat aksi based on benda yang diorang tengok. 

Diorang bukan tengok video lucah, tapi tengok movie BL (itu yang saya dengar dari mulut salah seorang budak-budak tu). Dan kebetulan adegan yang sempat saya tengok tu adalah adegan lelaki sesama lelaki berciuman. 

Saya pun sebab tak tahan terus munculkan diri dan minta diorang tutup movie sebelum saya sendiri ambil dan bawakan pada ibu bapa mereka. Mereka memang takut dan lesap sekelip mata. 

ADEGAN SOFTPORN ROSAK GENERASI BAHARU

Inilah akibat dari kita menormalisasikan softporn. Tanpa kita sedar, ia sedang menghancurkan generasi kita seperti parasit. Sedang kita menghambakan diri kepada Allah, anak-anak kita sedang diperhambakan oleh gajet yang membawa kerosakan.

Saya juga kongsikan tangkap layar bagaimana anak-anak kita di TikTok. Mereka hilang rasa malu dan paling best bila mak ayah pun sokong untuk menonton filem berunsur Eljibiti ni.

Saya juga punya anak. Saya tidak akan menghakimi apa yang terjadi kepada kanak-kanak tersebut. Saya hanya mampu mendoakan serta menegur semampu saya.

BL atau Boy’s Love adalah sebuah terma yang digunakan oleh anime atau manga untuk mempromosikan cerita berunsur percintaan sejenis (lelaki) yang rata-ratanya mendapat tempat di hati orang-orang muda.

Sumber: Facebook Haikal Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×