Famili

Budak 10 Tahun Jadi Mangsa Scammer, Duit Ayah Lesap RM148,000!

7
SHARES

Seorang lelaki di selatan Thailand menjadi mangsa scammer apabila kumpulan itu berjaya memperdaya anaknya untuk memindahkan wang. Lelaki berusia 49 tahun itu dikenali sebagai A dan dia tinggal bersama anak lelakinya di wilayah Nakhon Sri Thammarat.

Kejadian ini terjadi apabila si anak berusia 10 tahun bertindak memindahkan wang sebanyak 1,206,000 baht (RM147,755) daripada akaun bank bapanya bermula 7 hingga 25 Julai lalu.

Baca juga: Wanita Batalkan Perkahwinan, Terkejut Tengok Bakal Suami Dimandikan Ibunya

BUDAK 10 TAHUN JADI MANGSA SCAMMER, DUIT AYAH LESAP RM148,000

Ketika anaknya sedang menggunakan telefon si bapa untuk pelajaran atas talian dan bermain permainan video, kumpulan scammer itu menghubungi nombor telefon A menggunakan aplikasi LINE, lapor Thaiger.

Kumpulan berkenaan menganggap itu satu peluang yang tepat apabila terdengar suara kanak-kanak mengangkat telefon bimbit berkenaan.

Scammer tersebut menggunakan taktik mengenai permainan video yang disukai oleh budak lelaki tersebut dan jika dia mahu memenangi permainan, dia perlu mengikut arahan mereka.

scammer

Budak lelaki tersebut diarahkan supaya tidak memberitahu bapanya dan dia juga diminta untuk menghantarkan gambar kad pengenalan milik bapanya.

Bermula 7 hingga 25 Julai, sebanyak 7 transaksi telah dilakukan dan mereka juga telah menyekat nombor telefon mangsa. Terkejut melihat duitnya ‘hilang’, A bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan kini sedang giat melakukan siasatan.

Sumber: Thaiger

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×