Menerusi laman Facebook milik Dr Imelda Balchin, dia menjelaskan bahawa terlalu ramai pasangan suami isteri bercerai dek kerana tak ada kesefahaman dalam kehidupan.
Jelas Dr Imelda, dia dan suaminya juga terlalu banyak perkara tak ada kesefahaman namun itu bukan alasan untuk bercerai atau berpisah.
Baca juga: Indahnya Perkahwinan Dengan 5 Tips Ini, Cinta Suami Isteri Kekal Hingga Akhir Hayat!
TAK ADA KESEFAHAMAN BUKAN SEBAB UNTUK BERCERAI
Orang kata tak ada kesefahaman boleh jadi sebab untuk bercerai. Ini saya nak kongsikan saya dan suami tak ada kesefahaman dalam macam-macam perkara.
1. Pak Mart benci media sosia; dan tak ada akaun media sosial pun, tapi isteri dia social media influencer sampai Pak Mart pun kena serbu.
2. Pak Mart tak suka makan durian dan tak tahan bau buah durian, tapi isteri dia suka makan durian. Biarkan dia, saya boleh makan durian dengan mak saya.
3. Pak Mart tak suka berlari dan tak suka join events, tapi isteri dia marathoner. Biarkan dia. Saya boleh berlari dengan kawan-kawan lain.
4. Pak Mart ada degree physics dan computational science. Pak Mart suka bersembang tentang ekonomi dan kewangan. Saya tak daham apa-apa tapi biarkan dia.
5. Pak Mart makan nasi dengan garpu. Isteri dia makan nasi dengan tangan. Biarkan.
6. Bila Pak Mart cuci rumah, dia nampak habuk dekat atas almari dan cuci atas almari saja. Bila isteri Pak Mart balik rumah, dia hairan, Pak Mart cuci rumah pun berhabuk lagi.
7. Bila isteri Pak Mart cuci rumah, dia cuci lantai, dekat bawah meja dan bawah kerusi. Bila Pak Mart balik rumah, dia hairan, isteri dia cuci rumah pun ada banyak lagi habuk dekat atas almari. Biarkan.
8. Pak Mart ikut semua peraturan di jalan raya, tetapi Pak Mart pening kepala bila tengok isteri dia bawa kereta.
9. Isteri Pak Mart selalu pegang telefon, kalau ada kecemasan di hospital, isteri Pak Mart cepat saja sampai. Pak Mart pula selalu tak jawab telefon.
10. Isteri Pak Mart buka aircond, Pak Mart suka tutup aircond.
11. Pak Mart suka tengok Thunderbirds dan Dr Who tapi isteri Pak Mart benci sangat dekat Daleks. Biarkan
12. Pak Mart ikut budaya barat, isteri Pak Mart ikut budaya Malaysia. Biarkan.
13. Pak Mart cakap bahasa Inggeris sahaja tapi isteri dia cakap loghat utara. Itu sebab bila tak ada kesefahaman pun tak boleh bergaduh.
Kesimpulannya, tak ada kesefahaman bukanlah antara sebab untuk pasangan suami isteri bercerai. Semuanya boleh berbincang elok-elok kan?
Baca juga: Fazura Tekad Dengan Keputusan Sendiri, Mahu Berpisah Demi Maruah Wanita & Anak
Sumber: Facebook Dr Imelda Balchin