Nur

Haiwan Korban Tertanggal Gigi, Adakah Syarat Sah Korban Terbatal? Mufti WP Jawab…

7
SHARES
syarat sah korban

Menjalani ibadah korban merupakan impian bagi setiap umat Islam di dunia. Ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketaatan, ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar serta berlipat ganda dari Allah SWT. Seperti hadis Nabi yang bermaksud; “Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”. Tetapi tahukah anda apa syarat sah korban tersebut?

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai kondisi haiwan yang akan dikorbankan. Kalau sedikit kurus bagaimana, malah kalau ada bahagian gigi yang tertanggal adakah syarat sah korban itu terbatal? Berikut merupakan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan.

Baca juga: Hukum Lafaz Talak Melalui Whatsapp, Jadilah ‘Gentleman’ Untuk Lafaz Secara Berdepan!

SYARAT SAH KORBAN : KALAU HAIWAN KORBAN TERTANGGAL GIGI SAH KE?

syarat sah korban

Soalan:

Assalammualaikum, Saya ada persoalan berkaitan haiwan korban yang tertanggal gigi, adakah sah dijadikan sembelihan korban ? Mohon pencerahan SS Mufti.

Bagi menjawab persoalan ini, pihak Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa, haiwan sembelihan korban yang tertanggal sebahagian gigi sah dijadikan haiwan sembelihan korban sekiranya tidak memberi kesan kepada kurangnya daging.

Namun, perlu diingatkan bahawa sekiranya semua gigi tertanggal, maka tidak sah dijadikan haiwan sembelihan korban.

Menjelas dengan lebih lanjut, ibadah korban disyariatkan bagi mereka yang mampu sebagai tanda syukur ke atas segala nikmat rezeki-Nya. Antara saiz haiwan korban mengikuti piawaian dan syarat haiwan yang boleh dikorbankan iaitu:

-Cukup umur: (Unta: 5 tahun, lembu, kerbau dan kambing : 2 tahun, biri-biri : setahun atau dah bersalin gigi)

-Tak cacat & tak berpenyakit.

Hal ini berdasarkan dalil-dalil berikut :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”- Surah al Haj (34)

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَن كان له سَعَةٌ ولم يُضَحِّ ، فلا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانا

Maksudnya: “Siapa yang diberi kemampuan sehingga dia mampu untuk berkorban dan tidak mahu melaksanakan ibadah korban, maka janganlah mendekati tempat solat kami (masjid)”.- Riwayat Ibn Majah 2123

Syarat pemilihan haiwan korban mestilah selamat daripada aib yang boleh mengurangkan dagingnya. Berbalik kepada persoalan haiwan korban yang tertanggal gigi, pendapat al-Khatib as-Syirbini menyatakan tidak sah sembelihan korban yang tertanggal giginya semua.

وَلَا يَضُرُّ ذَهَابُ بَعْضِ الْأَسْنَانِ؛ لِأَنَّهُ لَا يُؤَثِّرُ فِي الِاعْتِلَافِ وَنَقْصِ اللَّحْمِ، فَلَوْ ذَهَبَ الْكُلُّ ضَرَّ؛ لِأَنَّهُ يُؤَثِّرُ فِي ذَلِكَ، وَقَضِيَّةُ هَذَا التَّعْلِيلِ أَنَّ ذَهَابَ الْبَعْضِ إذَا أَثَّرَ يَكُونُ كَذَلِكَ،

“Tidak terjejas haiwan sembelihan korban yang kehilangan sebahagian gigi kerana tidak memberi kesan kesukaran ketika suapan makanan dan tidak mengurangkan daging. Namun, sekiranya hilang (tertanggal) semua gigi, maka terjejas (tidak sah) sembelihan korban kerana memberi kesan tersebut ( kurang daging dan menyusahkan ketika suapan makanan disebabkan tidak mampu mengunyahnya). Oleh yang demikan, berdasarkan alasan (‘illah) ini, sekiranya tertanggal sebahagian gigi dan memberi kesan kepada suapan ketika makan dan kurang daging, maka ia juga terjejas (tidak sah sembelihan korban)” [2]

Kesimpulannya, sebahagian gigi mahupun keseluruhan gigi haiwan sembelihan korban sekiranya memberi kesan kepada kurangnya daging haiwan korban, maka tidak sah sembelihan korban.

Namun, tertanggal sebahagian gigi haiwan dan tidak memberi kesan kepada kurangnya daging korban mahupun tidak menyusahkan suapan ketika haiwan makan, maka sah dijadikan haiwan sembelihan korban.

syarat sah korban

*Selamat menjalani ibadah korban! Semoga segala pengorbanan yang telah kita lakukan diberkati dan diangkat tinggi oleh Allah SWT. Aamin..

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×