Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka program transisi bagi memudahkan peralihan murid sekolah rendah dan menengah daripada satu tahun ke satu tahun atau dari satu tingkatan ke satu tingkatan lain. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, langkah itu diambil susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.
PROGRAM TRANSISI BANTU KESEDIAAN MURID
“Contohnya jika terdapat jurang dari segi pembelajaran murid prasekolah contohnya daripada tahun ini mereka naik ke tahun satu. Bagaimana kita hendak pastikan daripada segi kesediaan mereka dan bagaimana kita hendak mempersiapkan mereka sebelum mengikuti pembelajaran di tahun satu (secara formal).”
Oleh itu, program transisi ini (adalah) bagi membantu dari segi proses kesediaan para murid dan perlajar yang sebelum ini sudah lama tidak masuk ke sekolah. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Habibah memaklumkan pihaknya juga turut menambah baik penjajaran kurikulum.
Katanya, penambahbaikan itu bagi melihat kurikulum yang merupakan teras, tambahan atau pelengkap di dalamnya. Ini juga bagi membolehkan kurikulum itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya oleh guru bersama murid.
PANDUAN PROGRAM TRANSISI
Program transisi akan membantu murid-murida dari fasa alam tadika ke fasa alam persekolahan secara formal. Inilah masanya untuk guru-guru membiasakan anak murid dengan keadaan persekitaran, guru-guru dan rakan dalam masa singkat.
Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh digunapakai oleh guru-guru melaksanakan modul orientasi untuk murid.
Mengenai siaran TV pendidikan, Ketua Pengarah Pelajaran berkata buat masa ini TV Pendidikan melibatkan saluran Okey TV, Astro dan NTV7 bersiaran selama sembilan jam sehari dari Isnin hingga Jumaat. Mereka juga sedang merancang dengan pihak lain untuk menambah lagi waktu siaran TV Pendidikan ini kerana ia adalah satu pendekatan yang dapat sampai kepada murid kerana lebih 90 peratus isi rumah di Malaysia mempunyai televisyen maka capaian pastinya lebih meluas.
Sumber: Sinar Harian, tchercollection