Didik

Suntik Semangat Patriotik, Ini 7 Aktiviti Sempena Hari Merdeka Untuk Anak

Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke 64 pada tahun ini. Walaupun negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, namun ia bukan penghalang untuk ibu-bapa menerapkan semangat patriotism di rumah. Kami senaraikan 7 aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak sempena Hari Kemerdekaan, enjoy!

AKTIVITI PATRIOTIK DI RUMAH 

Walaupun pergerakan terbatas kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jangan ingat kita tak boleh terapkan semangat cintakan negara dan patriotik di rumah. Semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan meriah di rumah, tanpa perlu keluar jauh.

Menonton filem patriotik

  • Gunakan stimuli visual dengan adakan tontonan filem patriotik di rumah bersama anak. Filem seperti Bukit Kepong, Sarjan Hassan, 1957: Hati Malaya, Tanda Putera dan banyak lagi.
  • Ajak anak berborak dan berbincang tentang filem, dedahkan fakta menarik tentang filem dan kemerdekaan negara.

Hias rumah dengan Jalur Gemilang 

  • Ruangkan masa untuk menghias rumah dengan bendera Malaysia bersama anak-anak
  • Juga boleh hiasi rumah dengan rona bendera Malaysia seperti merah, kuning dan biru. Baru meriah!

Mengenali lagu kebangsaan dan patriotik 

  • Kenalkan anak dengan lagi kebangsaan di usia muda.
  • SING-A-LONG atau adakan sesi karaoke di rumah bersama anak-anak.
  • Pilih lagu seperti Tanggal 31 Ogos (Sudirman), Warisan (Sudirman), Standing in the Eyes of the World (Ella) , Gemuruh (Faizal Tahir), Negaraku (Faizal Tahir, SonaOne, Altimet, Joe Flizzow) dan banyak lagi.

Mewarna Jalur Gemilang

  • Bebas dan kreatif dalam melakukan aktiviti mewarna, gunakan krayon, pensil warna, riben atau lakukan aktiviti kolaj dengan bahan terpakai.
  • Boleh juga anjurkan aktiviti mewarna secara virtual dengan rakan-rakan anak atau sepupu sebaya, lebih menyeronokkan!
  • Pamerkan hasil kreativiti anak sepanjang bulan Kemerdekaan.

Inovasi Pakaian Tradisional

  • Jika dahulu aktiviti seperti ini memang kerap diadakan di sekolah, apa kata cuba buat di rumah dengan anak-anak.
  • Olah bendera menjadi pakaian dan aksesori tradisional seperti samping, selendang dan songkok.
  • Rakamkan memori ini dan kongsikan di media sosial.

Mengenali tokoh dan informasi kemerdekaan

  • Be creative, anjurkan kuiz mini dengan anak-anak dengan topik kemerdekaan.
  • Reward usaha anak dengan hadiah untuk naikkan semangat mereka!

Beriadah dan mengibarkan Jalur Gemilang

  • Walaupun tidak boleh melakukan aktiviti riadah jauh dari rumah, apa kata keluar berjalan bersama anak di taman berhampiran sambil kibarkan bendera Malaysia.
  • Ambil peluang untuk menghirup udara segar dan mengibar bendera di luar rumah.

SAMBUTAN NORMA BAHARU 

Marilah bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan walaupun dengan berada di rumah. Sambutlah dengan norma baharu walau di mana jua kita berada. Isi aktiviti anak dengan patriotism untuk mengajar mereka erti cintakan sebuah negara. Selamat mencuba di rumah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×