Famili

Sumber DHA Untuk Otak, Ini Sebab Kenapa Ikan Wajib Ada Dalam Menu Anak

110
SHARES

Tahukah anda, ikan merupakan sumber DHA yang bagus untuk otak kanak-kanak. Namun, kadang kala kanak-kanak lebih gemar memilih ayam berbanding ikan.

Justeru itu, sebagai ibu bapa haruslah memastikan menu berasaskan ikan dimasak sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Menerusi perkongsian di Facebook oleh Puan Mazliana Mazlan, dia mengatakan otak manusia 60% terdiri daripada lemak dan separuh daripada lemak itu adalah DHA.

Baca juga: Pakar Kongsi 8 Fakta Penting Tentang Anak Lelaki, Baru Senang Nak ‘Handle’

IKAN SUMBER DHA YANG BAGUS UNTUK OTAK

sumber dha bagus

60%  daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.

Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak. Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.

Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi. Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.

sumber dha

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.

Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.

Take note ya para ibu bapa. Nak bagi ayam goreng boleh sahaja tetapi haruslah dalam kuantiti yang disyorkan.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×