Famili

Makin Ramai Suami Pilih Jadi Suri Rumah, Trend Meningkat Sebanyak 70 Peratus!

45
SHARES
suri rumah tangga

Trend suami memilih untuk menjadi suri rumah tangga dengan menguruskan anak berbanding keluar mencari rezeki semakin meningkat berbanding 10 tahun lalu. Mungkin ada yang bersetuju dan kurang bersetuju serta tertanya-tanya mengapakah situasi ini menjadi pilihan?

Walaupun agak janggal, namun ada kelebihan sebenarnya apabila suami yang memegang tanggungjawab menjaga anak dan urusan rumah. Berikut merupakan penjelasan daripada pakar.

Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

TREND SUAMI JADI SURI RUMAH TANGGA SEMAKIN MENINGKAT?

suri rumah tangga

Suami yang bertugas sebagai suri rumah diistilahkan sebagai househusband atau stay-at-home-dads, di mana mereka mengambil alih tugas menguruskan rumah tangga, manakala isteri pula yang keluar bekerja.

Menurut laporan Sinar Harian bersama Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, jumlah golongan suami suri rumah menunjukkan peningkatan 70 peratus berbanding kira-kira 50 peratus pada 2014.

“Fenomena itu sebenarnya sudah lama berlaku dan dari hari ke hari makin ramai kaum lelaki berkorban dengan berhenti kerja untuk mengurus rumah tangga secara sepenuh masa. Keadaan ini terjadi disebabkan lebih ramai golongan isteri kini memiliki kerjaya yang bergaji lebih tinggi daripada suami,” katanya.

Tidak ketinggalan juga, faktor desakan ekonomi zaman kini yang semakin meningkat, sama ada di bandar atau luar bandar menyebabkan salah satu pasangan terpaksa tidak bekerja untuk menjaga anak di rumah. Hal ini kerana, bayaran pengasuh anak pun sudah meningkat kepada RM300- RM400 seorang.

“Ramai buat keputusan untuk si isteri yang gajinya lebih mahal keluar bekerja, manakala suami uruskan rumah tangga. Dalam hal ini, makin ramai lelaki merendahkan ego mereka dengan membenarkan isteri keluar bekerja,” ujarnya.

Mungkin pada zaman dahulu, kaum lelaki jarang ditinggalkan dan berada di rumah untuk menguruskan anak-anak dan isi rumah namun tidak pada zaman sekarang. Kesanggupan suami untuk menjadi househusband diibaratkan sebagai pengorbanan yang patut dihargai isteri.

BANYAK KELEBIHAN BAPA JAGA URUSAN RUMAH..

suri rumah tangga

Banyak kelebihan sebenarnya apabila suami yang menjaga anak-anak di rumah apabila si ibu keluar bekerja. Khususnya bagi bapa yang mempunyai kelayakan akademik dan memiliki karier bagus sebelum ini akan mencurahkan ilmu dimiliki kepada anak-anak di rumah. Sebagai ketua keluarga, mereka juga boleh menerapkan sendiri didikan agama kepada anak-anak dan boleh mengamalkan rutin solat berjemaah.

Bagaimanapun, pakar tidak menafikan trend househusband turut menimbulkan kesan buruk kerana akan menyebabkan suami berasa rendah diri disebabkan tidak bekerja, selain di pandang serong oleh masyarakat serta ahli keluarga. Situasi ini boleh menjadi punca pertengkaran suami isteri melainkan, orang di luar sana faham dengan situasi mereka.

“Dalam Islam sendiri, tidak dilarang untuk suami jadi househusband kerana tugas mengurus rumah tangga sebenarnya lebih penat dan tiada sebarang bayaran pun diterima..”

*Paling penting adalah, keputusan suami untuk menggalas tugas sebagai househusband perlu mendapat persetujuan antara suami dan isteri supaya tiada penyesalan di masa hadapan. Semoga semuanya berjalan lancar!

Baca juga: Jangan ‘Meroyan’ Kalau Kena Tinggal, Isteri Patut Pilih Nak Berdikari Atau Bergantung Pada Suami

Sumber: Sinar Harian, Medium

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×