Kini Trending

Suami Hadiahkan Cincin Berlian Selepas Isteri Berjaya Turun Berat Sebanyak 75kg!

570
SHARES

Isteri mana yang tidak gembira apabila si suami memberikan hadiah buat dirinya bukan? Tambah pula apabila hadiah tersebut adalah tidak dijangka dan merupakan hadiah yang mahal. Begitu juga dengan satu kisah seorang wanita dari Taiwan menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ‘ganjaran’ kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram. Bertuah!

Baca juga: Wanita Menyesal Rampas Suami Orang, Disangka Kaya Rupanya Harta Isteri Pertama 

SUAMI HADIAHKAN CINCIN BERLIAN SELEPAS ISTERI TURUNKAN BERAT BADAN

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook pada 3 Januari lalu, suami wanita itu berkongsikan perjalanan bagaimana isterinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kg dalam masa dua tahun.

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini memaklumkan segalaa-galanya bermula dua tahun lepas apabila dia sendiri meminta si isteri menurunkan berat badan sebagai ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahirannya.

Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya. Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya.

Gambar hiasan.

Jelas lelaki ini, dia juga menawarkan untuk menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada si isteri sekiranya wanita itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 55kg. Namun siapa sangka, selepas dicabar, wanita itu berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Selepas dua tahun, dia akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini.

Wanita itu kemudian dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan.

Sumber: China Press

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×