Sihat

Ibu Ayah Boleh Semak Status Vaksinasi Sekolah Online Melalui CovidNow. Ini Caranya!

22
SHARES

SEMAKAN STATUS VAKSINASI SEKOLAH MELALUI COVIDNOW

KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan KKM dalam pelaksanaan program vaksinasi kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun, atau PICK Remaja yang telah bermula pada awal September lalu.

KPM memantau rapi pelaksanaan PICK Remaja, khususnya bagi murid sekolah bawah KPM.

Sehingga kini, hampir 80% murid berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.

KPM dan KKM telah mengadakan perbincangan bagi meneliti pendekatan terbaik untuk menyediakan maklumat berkaitan status pelaksanaan PICK Remaja bagi murid sekolah KPM dan maklumat tersebut boleh dikongsikan kepada umum sepertimana data vaksinasi yang lain.

Alhamdulillah, hari ini KKM melancarkan fitur baharu mengenai perincian vaksinasi bagi peringkat sekolah di bawah KPM dalam laman sesawang COVIDNOW.

Covidnow sekolah

Melalui fitur baharu ini, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan mengenai kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing.

Semakan boleh dibuat melalui pautan https://covidnow.moh.gov.my/school.

Peratusan pelajar dan staf yang telah divaksin akan dipaparkan seperti di bawah:

Kongsi-kongsikan maklumat ini.

Usaha ini dapat menyediakan maklumat telus kepada masyarakat, khususnya ibu bapa/penjaga.

Ini juga merupakan sebahagian daripada langkah peralihan negara ke fasa endamik.

Sumber: Dr Radzi Jidin

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×