Sihat

Sakit Payudara, Ini Yang Ibu Ayah Kena ‘Alert’ Ketika Anak Perempuan Meningkat Remaja

29
SHARES

Jika anak perempuan anda mula hampiri usia baligh, dia pasti akan lalui fasa growing breast pain semasa payudaranya mula berkembang.

Anak anda semestinya sedikit risau tentang perkembangan badannya.

Sebagai ibu bapa, anda boleh terangkan pada anak-anak mengenai growing breast pain sebagai persediaan.

Bilakah Payudara Mula Tumbuh ?

Memetik healthychildren.org, biasanya anak gadis akan mula fasa perubahan fizikal ketika berusia antara 8 ke 13 tahun. Antara simptom terawal baligh ialah pertumbuhan payudara berupa bonjolan kecil di bawah puting payudara.

Secara majoriti, anak gadis akan alami perkembangan payudara sebagai tanda pertama baligh manakala sebahagian kecil akan mula tumbuh bulu pada bahagian ketiak, kaki dan alat sulit dahulu sebelum payudara berkembang.

Peringkat Pertumbuhan Payudara

Terdapat lima peringkat pertumbuhan payudara yang berlaku sejak bayi dilahirkan sehingga baligh. Proses pertumbuhan payudara akan berlaku mengikut turutan di bawah :

1. Puting payudara sudah ada sejak lahir namun bahagian sekitar dada leper.

2. Semakin mencapai usia baligh, buah dada mula terbentuk dengan terhasilnya bonggolan di bawah puting menyebabkan puting sedikit menonjol dari dada.

Pada tahap ini, kulit pada puting (areola) akan bertukar menjadi sedikit gelap dan saiznya akan menjadi lebih besar.

3. Tisu payudara semakin berkembang membuatkan saiz buah dada meningkat.

4. Areola dan puting payudara semakin menonjol ketika tisu payudara terus berkumpul di bawahnya.

5. Saiz payudara terbentuk secara membulat menunjukkan peringkat akhir pembentukannya.

growing breast pain

Kredit Foto : basicmedicalkey.com

Tanda-Tanda Pembentukan Payudara

Apabila anak gadis anda tumbuh payudara, dia mungkin akan alami gejala-gejala ini :

  •  Terasa gumpalan kecil tumbuh di bawah puting. Ia juga dikenali sebagai breast bud.
  • Bahagian sekitar puting terasa lebih lembut dan berisi.
  • Rasa gatal di sekitar dada dan puting.
  • Rasa sakit di sekitar dada akibat rembesan hormon estrogen dan progesteron dalam badan. Kehadiran hormon juga mengubah kandungan bendalir dalam tisu payudara. Ini boleh membuatkan payudara yang sedang tumbuh rasa sensitif dan sakit.
  • Tanda stretch mark merah terhasil di sekitar puting. Hal ini berlaku akibat kulit yang meregang ketika payudara membesar. Semakin payudara tumbuh, stretch mark merah ini akan bertukar menjadi putih dan tidak begitu ketara pada dada. Anda juga boleh pudarkan parut stretch mark menggunakan krim yang boleh didapati di farmasi.

Cara Atasi ‘Growing Breast Pain’, Sakit Ketika Payudara Sedang Tumbuh

Biasanya rasa sakit ini akan hilang sendiri. Namun, jika ia menyebabkan rasa tidak selesa, anak anda bolehlah atasi dengan cara berikut :

  • Makan ubat tahan sakit seperti ibuprofen.
  • Sapu gel pada sekitar payudara bagi melegakan rasa sakit.
  • Pakai bra sokongan bagi mengurangkan rasa sakit.

Kredit Foto : health.clevelandclinic.org

Bolehkah Payudara Tumbuh Dengan Saiz Berbeza

Payudara yang sedang membesar tidak semestinya tumbuh dengan saiz yang sama dan ia adalah normal. Walaupun ia sudah tumbuh sepenuhnya, ia juga boleh kekal sebagai saiz yang berbeza.

Biasanya ia tidak begitu ketara dan bukanlah perkara yang perlu dirisaukan.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Biasanya fasa pertumbuhan payudara ini tidak mendatangkan masalah kesihatan bagi anak gadis.

Gumpalan yang tumbuh secara tiddak normal juga jarang berlaku ketika payudara sedang membesar.

Namun, jika anak anda rasakan gumpalan tumbuh secara tidak normal atau rasa sakitnya semakin susah dikawal, rujuklah pada doktor untuk dapatkan solusi yang terbaik.

growing breast pain

Kredit Foto : medicalnewstoday.com

Semakin anak membesar, isu ini mungkin agak memalukan untuk dibincang. Namun, ia adalah penting agar anak anda lebih bersedia untuk lalui fasa baligh.

Apabila payudara sudah tumbuh sepenuhnya, anda perlu ingatkan anak anda untuk semak keadaan payudara dari masa ke semasa.

Bukan saja anak, kita juga kena rajin periksa payudara sendiri bagi memastikan tiada gumpalan asing yang tidak diingini tumbuh. Jika ada, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Anda juga sudah boleh mula belikan anak bra bagi menyokong buah dada yang membesar. Carilah bra yang muat dengan elok dan selesa dengannya.

Pesan juga pada anak untuk tidak memakai bra sepanjang masa bagi memberikan ruang kepada kulit untuk bernafas.

Sumber rujukan :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×