Didik

Wajib Cepat-Cepat Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ini Sebelum Mereka Meningkat Remaja

503
SHARES

Anak merupakan rezeki yang dikurniakan pada setiap pasangan yang telah berkahwin dan pastinya, cara ibu bapa didik anak-anak memainkan peranan yang penting. Ini supaya mereka dapat membesar menjadi seorang yang patuh dan taat pada ibu bapa. Oleh itu, bapa ini telah kongsi tips untuk didik anak lelaki sebelum usia mereka menjadi remaja.

Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja

1.Ajar anak lelaki untuk jadi ‘Respectful’ pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri

-Contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya dan berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita.

2.Ajar anak lelaki untuk ada ‘Sense Of Responsibility’

-Ajar anak lelaki untuk simbah dan cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak.

3.Ajar anak lelaki tentang ‘Personal Hygiene & Cleanliness’

-Banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness.

-Personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ dan berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem dan urut kemaluannya sebelum membasuh kencing.

4.Ajar anak lelaki ‘Coping Skills’

-Coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke. Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak.

5.Ajar anak lelaki tentang ‘Empathy’

-Bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu. Amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak?”.

-Bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.

*Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni.

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×