Percutian

10 Manfaat Jadi Solo Female Backpackers (Muslimah)

43
SHARES
Backpacker Muslimah

Selalunya apa sahaja laman web berkaitan travel, memang saya akan ikuti. Begitu juga dalam Facebook, banyak grup travel seperti Backpackers Buddies Malaysia, Malaysia Backpackers, Malaysian Backpackers Club dan Muslim Backpackers.

Memang seronok membaca kisah pengembaraan mereka lebih-lebih lagi yang melibatkan solo travelling apatah jika ia melibatkan female backpackers. Kalau tak percaya, cuba Like Facebook Page BackpackerBusuk. Tidak sebusuk yang disangkakan!

Bagi saya bukan mudah jika wanita mengembara bersendirian atas faktor keselamatan di negara orang tapi sejak mengikuti grup travel ini, saya dapati ramai wanita sekarang berani mengembara seorang diri.

Namun bukan senang menjadi solo female backpacker!

Masalah utama adalah persepsi masyarakat sekeliling yang memandang serong perempuan berkelana seorang diri. Lebih-lebih lagi bila bertudung.

Backpacker Muslimah ?

Backpacker Muslimah

Foto Kredit: Instagram ochidoke

Adakah kerana kita seorang muslimah, tidak boleh travel? Benar, agama juga tidak menggalakkan perempuan bermusafir tanpa muhrim. Tidak manis dipandang orang.

Tapi mereka ini tegar dengan pendirian kerana apa yang mereka peroleh di negara orang sesungguhnya banyak membantu mereka dalam pelbagai aspek.

Rata-rata mengakui apabila menjadi solo female backpacker, mereka:

1. Lebih berdikari

Jika dahulu sering bergantung pada orang lain, namun apabila mengembara bersendirian ke tempat yang asing, semuanya perlu dilakukan sendiri daripada merancang perjalanan dan bajet kewangan menjadikan mereka totally independent.

2. Meningkatkan self-confident

Memang awalnya ada rasa takut dan kurang yakin untuk mengembara sendirian, tapi apabila tiba di destinasi, timbul rasa keyakinan untuk conquer the world! Malah sudah merancang untuk ke destinasi akan datang.

3. Mengembalikan kekuatan diri

Sebelum ini memang tidak pernah langsung terfikir untuk mengembara solo kerana sudah biasa berkumpulan. Tapi apabila sudah mencubanya, memang tak sangka adanya kekuatan diri bergerak meskipun keseorangan.

4. Mengatasi rasa takut dan malu

Sesiapa sahaja akan mempunyai rasa takut bila bersendirian apatah lagi pertama kali menjejakkan kaki di negara orang yang berbeza ragam, budaya dan makanan.

Berada di negara orang memerlukan keberanian untuk bertanyakan arah tujuan untuk mengelakkan daripada tersesat bak pepatah kita “Jika malu bertanya, sesat jalan!

5. Berani hadapi cabaran

Jika dahulu sering mendengar daripada mulut orang, apabila berdepan dengan dugaan di negara orang menjadikan seseorang itu cekal. Memang down apabila diuji, namun kesilapan yang berlaku dijadikan pengajaran supaya dapat dielakkan pada masa hadapan.

6. Membuka minda

Memang benar pepatah “Jauh berjalan, luas pengalaman”. Semuanya diperoleh melalui pengalaman berjumpa dengan orang ramai dan hasil pemerhatian sepanjang pengembaraan.

Dari situ, mereka belajar untuk mempercayai orang lain meskipun baru pertama kali bersua. Ini semua dapat membuka mata dan minda kaum wanita yang memang sukar mempercayai orang lain.

7. Belajar lebih menghargai

Muslim backpacker

Foto Kredit: Instagram yann_sj

Apabila berkunjung ke negara yang serba kekurangan, perempuan yang sememangnya berhati lembut mudah tersentuh melihat kesusahan orang lain secara tak langsung belajar mensyukuri nikmat yang ada.

Melihat kesusahan orang lain, rasa terpanggil untuk membuat kebajikan walaupun dalam jumlah yang kecil.

8. Fokus prority

Bersendirian mengembara menjadikan seseorang itu merancang dengan betul sebelum bergerak ke tempat yang dituju. Bersendirian juga memberi ruang untuk memikirkan kehidupan, mana yang penting dan mana yang tidak, mana yang menepati impian dan mana yang kurang diberi perhatian.

Jangan terkejut jika ada yang berhenti kerja semata untuk meneruskan impian mengembara seluruh dunia.

9. Belajar untuk tidak membazir

Biasanya perempuan memang kurang menikmati makanan kerana terpengaruh untuk ‘diet’. Kalau makan pun dalam kuantiti yang kecil.

Tapi berada di negara yang sukar mencari makanan yang sesuai dengan cita rasa, memang menguji kesabaran tambahan perut sudah berkeroncong. Tatkala berjumpa makanan yang dicari, memang pasti licin pinggan. Tidak seperti di negara sendiri, makanan selalu membazir.

10. Tidak menoleh ke belakang

Sebagai seorang backpacker muslimah, ada yang mengembara solo kerana inginkan space untuk diri sendiri sambil menenangkan diri daripada masalah yang membelenggu. Bersendirian di tempat yang tiada orang mengenali diri dapat memberi ketenangan sambil berfikir untuk menghadapi hari mendatang.

Backpacker Muslimah

Foto Kredit: Instagram irmaswns

Sememangnya kemampuan diri akan teruji bila bersendirian. Namun itulah lumrah hidup. Ujian memberikan kehidupan masam manis. Yang penting, tentu sekali backpacking itu lebih baik dari guna travel agent.

Jadi, jangan takut untuk memulakan langkah sebagai solo female backpacker kerana banyak perkara yang anda dapat pelajari.

Ingat, walaupun jauh di negara orang, sebagai backpacker muslimah, agama Islam tetap dijunjung!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×