Famili

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Memastikan Golongan Suri Rumah Sentiasa Dilindungi dan Dibantu oleh PERKESO

559
SHARES

Majlis Penyampaian Faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada waris empat suri rumah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V. Sivakumar bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Wisma Perkeso, Negeri Sembilan hari ini.

PERKESO telah memperkenalkan SKSSR pada 1 Disember 2022 yang dilaksanakan bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) bagi memberi perlindungn keselamatan sosial kepada golongan suri rumah terhadap bencana domestik, keilatan ataupun kematian sewaktu menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta untuk menaja caruman SKSSR kepada 150,000 suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih dan mencarum di bawah i-Suri KWSP

Kita sedia maklum bahawa tugas sebagai suri rumah merupakan sebuah pekerjaan yang tidak mempunyai waktu bertugas yang tetap serta mereka sering kali berdepan dengan pelbagai masalah yang mampu memberi kesan kepada kesihatan ataupun nyawa mereka. 

Jom kita baca untuk memahami bagaimana Kerajaan dan PERKESO membantu suri rumah!

Carum sekarang bagi memudahkan urusan masa hadapan anda!

Bagi seorang suri rumah sudah lazim menghabiskan masa  dengan menguruskan pelbagai hal rumah tangga seperti mengemas, mengambil anak dari sekolah ataupun memasak, jadi kesihatan tubuh badan amatlah penting  bagi melengkapkan tugasan harian mereka.

Anda sering kali mendengar pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’ yang merujuk kepada menyediakan perancangan sebelum ditimpa malang. Oleh itu, anda boleh mula mencarum serendah RM10 sebulan yang dibayar terlebih dahulu sebanyak RM120 untuk  tempoh perlindungan 12 bulan.. Bukan suri rumah sahaja tau, suami, keluarga ataupun pihak ketiga boleh melakukan caruman dalam SKSSR bagi pihak suri rumah.

Golongan suri rumah yang layak untuk SKSSR adalah seorang perempuan yang berumur kurang 54 tahun, sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal.

“Saya rasa bersyukur mendapat bantuan dari segi kewangan sedikit sebanyak membantu perbelanjaan harian” – Alif Danial

PERKESO  mendapati  seramai 37 orang suri rumah yang dilindungi SKSSR telah meninggal dunia dalam tempoh 1 Disember 2022 hingga 11 Januari 2023. Ini melayakkan waris kepada suri rumah tersebut untuk menerima manfaat SKSSR seperti Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 tau. Manakala, Pencen Penakat sebanyak RM300 sebulan disediakan mengikut kelayakan syer orang tanggungan.

FPM dan Pencen Penakat adalah faedah yang disediakan di bawah SKSSR apabila berlaku kematian. Faedah ini dibayar kepada orang tanggungan seperti duda dan anak yang layak apabila Suri Rumah Berinsurans (SRB) meninggal dunia sebelum mencecah usia 55 tahun.

Antara penerima faedah di majlis, Alif Danial, iaitu anak kepada Allahyarhamah Siti Noraseyah Binti Abu Hassan. “Saya rasa bersyukur sangat mendapat bantuan dari  segi kewangan dari PERKESO, sedikit sebanyak membantu perbelanjaan harian setelah pemergian arwah. 

PERKESO menghubungi saya setelah pemergian arwah, bantuan yang diterima membantu saya untuk pengurusan pembelajaran, perbelanjaan keluarga dan harian,” kata Alif Danial.

Alif Danial yang sedang menuntut di Giat Mara Kuala Pilah  layak menerima FPM dan Pencen Penakat.

Menurut Alif Danial, beliau rasa sangat bersyukur apabila menerima manfaat daripada SKSSR dan merasakan bahawa suri rumah patut melakukan caruman bermula seawal yang mampu.

Selain itu, turut menerima manfaat dari SKSSR adalah Che Noor Shamimi serta adik bongsunya, Che Muhammad Nazmi Farhan Bin Che Awang berumur 19 tahun yang menerima Pencen Penakat kerana masih di bawah umur 21 tahun. Ibu mereka, Zainab Binti Mamat telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

Shamsuddin Bin Mustaffa pula menerima FPM atas kematian isterinya, Allahyarhamah Aniza Binti Mohamad Zin @ Aziz. Shamsuddin yang menghidap penyakit kronik, adalah penerima  Pencen Ilat PERKESO (di bawah Akta 4). Anak Allahyarhamah Aniza hasil daripada perkahwinan dengan suami pertama, iaitu Muhammad Adam Harris Bin Muhamad Norlie yang berumur 16 tahun dan masih bersekolah, layak menerima Pencen Penakat. Manakala, Emmanuel Vishnu Steven a/l Velayutham berumur 22 tahun yang mengalami diabetes sejak sekolah yang memerlukan suntikan insulin secara harian turut layak menerima FPM.

Meringkan beban suri rumah dan seisi keluarga!

Sejak diperkenalkan oleh PERKESO, SKSSR ini mempunyai pelbagai manfaat bagi membantu meringankan beban suri rumah serta melindungi mereka apabila ditimpa tragedi. Antara manfaat SKSSR seperti:

Faedah Perlindungan Bencana Domestik:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Pencen Penakat

Faedah Perlindungan Keilatan:

  • Elauan Keuzuran
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Pencen Penakat

Anda tunggu apa lagi? Anda boleh layari laman web PERKESO untuk mendapat maklumat tambahan tentang SKSSR dan mendaftar serta lakukan caruman sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×