“Alamak, kenapa baju ni jadi kecut lepas basuh dengan keringkan…?”
Pernah tak pakaian jadi luntur atau mengecut selepas dicuci? Jika ya, mungkin penyebabnya bukan sabun yang anda gunakan, tapi cara cuci yang salah. Kerap kita tak hiraukan dan mengabaikan label simbol yang tertera pada pakaian dan kesannya, baju nampak lusuh dengan cepat. Pakaian yang dicuci mengikut cara yang dipaparkan pada label akan membuatkan ia tahan lebih lama.
SIMBOL ‘WASHING’
Simbol mesin lambangnya adalah bekas berisi air. Dalam simbol tersebut tertera simbol titik (dot), yang menandakan suhu air basuhan. Semakin banyak titik, semakin tinggi suhu air yang diperlukan. Jika ada simbol tangan bermakna anda perlu mencuci dengan tangan. Manakala, tanda pangkah pada simbol bermakna anda tidak boleh membasuhnya.
SIMBOL ‘DRYING’
Simbol untuk teknik pengeringan pakaian ialah gambar kotak. Bulatan di dalam kotak melambangkan penggunaan mesen pengering (dryer). Titik (dot) yang berada dalam bulatan menunjukkan suhu pengeringan maksimum. Semakin banyak titik, semakin tinggi suhunya. Tanda pangkah pada simbol bererti pakaian tersebut tidak boleh dikeringkan menggunakan mesen pengering. Ada juga simbol yang tunjuk pakaian tersebut tidak boleh diperah.
SIMBOL ‘IRON’
Cara menyeterika pakaian terletak pada lambang seterika yang tertera pada belakang baju anda. Semakin banyak titik dot, semakin tinggi suhu diperlukan. Tanda pangkah pada seterika menandakan pakaian tersebut tidak boleh diseterika dan boleh merosakkan pakaian tu.
SIMBOL ‘DRY CLEANING’
Dry cleaning merupakan proses mencuci untuk menghilangkan kotoran dan bau pada pakaian tanpa menggunakan air. Simbol bulatan pada label pakaian anda menunjukkan pakaian tersebut boleh dicuci secara dry cleaning. Namun, bila ada tanda pangkah pada simbol, anda tidak boleh mencuci pakaian secara dry cleaning.
SIMBOL ‘BLEACHING’
Simbol segi tiga adalah simbol yang menandakan baju itu boleh digunakan peluntur ataupun tak. Jika ada lambang segitiga pada label pakaian anda, maka anda boleh menggunakan peluntur. Jika ada tanda pangkah pada segitiga bermakna anda tak boleh menggunakan peluntur dan boleh melunturkan warna pakaian anda berlebihan.
Sumber: Whirlpool