DIY & Kraf

Cara Nak Dapatkan Semua Jenis Salinan Sijil Peperiksaan Secara Online, Mudah & Pantas!

333
SHARES

“Mana sijil SPM ni. Hilang pula…”

Sijil-sijil peperiksaan antara dokumen penting perlu disimpan dengan selamat dan rapi bagi mengelakkan ianya hilang atau rosak. Hal ini kerana sijil-sijil peperiksaan sangat penting untuk kegunaan masa hadapan seperti permohanan pekerjaan.

Jadi, jika sijil peperiksaan anda hilang, anda boleh dapatkan salinan baharu dengan menggunakan e-Lembaga Peperiksaan. Mudah dan cepat. Tak perlu beratur dan ke kaunter.

Baca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji Anak Secara Online, 5 Minit Dah Siap

CARA NAK DAPATKAN SEMUA JENIS SALINAN SIJIL PEPERIKSAAN

Walau tinggi mana pun tahap pendidikan seseorang, SPM tetap menjadi antara dokumen pendidikan yang penting. Bila lama sangat dah tinggalkan zaman persekolahan dan kerap berpindah randah, kadang-kadang sijil tu pun hilang entah ke mana. 

Jadi, bagi mereka yang dah hilang SPM atau mana-mana sijil peperiksaan di bawah KPM, korang boleh dapatkan salinan yang baru melalui https://elp.moe.gov.my.

1. Daftar akaun guna emel sendiri. Semudah ABC sahaja.

2. Lepas buka akaun, login dan pilih keputusan.

3. Dekat bahagian keputusan ni korang klik butang (+) tu. Kalau dah pernah apply sebelum ni nanti result tu akan masuk dalam history tu.

4. Dekat ruangan ni korang pilih jenis keputusan yang nak mohon tu. Sijil yang diurus tadbir KPM je tau. Sijil kursus kahwin ke sijil saya menang motor ke tak ada dalam ni.

5. Dekat sini nanti keluar tahun korang ambik sijil tu. Macam kes saya keluar tahun 2001. Betul dah tu.

6. Dekat sini nanti korang follow je. Nak ambik sendiri atau nak minta mereka poskan. Siap ada payment gateway lagi. Tak perlu pening-pening. Bayar online sahaja. Selesai. Nanti korang tunggu dokumen tu sampai.

Settle! Mudah kan? Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Khairul Fahmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×