Famili

Cara Buka Akaun Tabung Haji Anak Secara Online, 5 Minit Dah Siap

949
SHARES

Tabung Haji merupakan antara tempat simpanan pilihan ibu bapa untuk anak kerana patuh syariah dan sekali gus boleh daftarkan haji. Tak perlu tunggu mereka dewasa pun tak apa. Senang daftar cepat-cepat kerana giliran untuk dipanggil sangat panjang.

Jadi, kalau anda tak tahu cara buka akaun tabung haji anak, boleh rujuk perkongsian di bawah yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Areefah Ahmad.

Baca juga: Cara Mudah ‘Transfer Online’ Duit Ke Akaun ASB, Laju & Simple

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ANAK SECARA ONLINE

Baru lepas buka akaun baby secara atas talian, kemudian sekejap sahaj pergi activate di cawangan. Call customer service dia pun tak perlu tunggu berjam-jam untuk jawab. Dia guide macam mana nak bukak akaun anak under pemegang akaun Official : Lembaga Tabung Haji.

1. Log masuk apps Thijari atau link https://www.thijari.com.my

2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’. Isi details lengkap dan submit.

akaun tabung haji

3. Once dah siap hantar, akan terima emel pengesahan.

4. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa

  • Surat beranak anak & salinan
  • MyKid anak & salinan
  • IC pendaftar (ibu/bapa) & salinan
  • Deposit akaun pembukaan (Minima RM10, dan kalau RM1,310.00 boleh terus daftar haji)

* bagi baby yang lahir 2021 dan tak ada MyKid lagi, just bawak surat beranak je.

5. Daftar di kaunter, siap. Tak sampai 5 minit pun untuk dia sahkan dokumen.

Semalam buat di IFIC – Islamic Financial Services Center, Putrajaya tak ramai orang pun. Laju je. Boleh walk-in.

Boleh check status dan akaun anak dalam apps thijari tu juga.

tabung haji

Sekarang dah tak dapat buku akaun TH. Kalau tengok dekat resit no giliran tu, ada tulis senarai bank yang boleh linked dengan TH. So untuk cash in or cash out boleh guna bank-bank yang dalam senarai (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Malaysia)

Untuk linked kan ke Maybank2u, bukak maybank2u.com.my > apply > services > Link Tabung Haji Account.

Nak tengok jumlah duit dalam akaun boleh tengok bahagian wealth. Untuk transfer online, tekan pay & transfer > tabung haji.

Sumber: Facebook Areefah Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×