Hebahan

Sertai Larian Amal Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2016

hari buah pinggang sedunia 2016

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), dengan kerjasama Persatuan Nefrologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengajak orang ramai meningkatkan kesedaran terhadap penyakit buah pinggang melalui acara larian amal ‘NKF Family Walkathon’.

Larian ini akan diadakan pada 12 Mac 2016 (Sabtu), pukul 7 pagi bertempat di Taman Metropolitan, Kepong.

“Kanak-kanak & Penyakit Buah Pinggang”, Tema Hari Buah Pinggang Sedunia 2016

Hari Buah Pinggang Sedunia diraikan oleh seluruh dunia pada hari Selasa kedua dalam bulan Mac setiap tahun. Tahun ini, Hari Buah Pinggang Sedunia jatuh pada 10 Mac 2016 dengan tema “Kanak-kanak & Penyakit Buah Pinggang”.

Tema tahun ini bertujuan memberi penekanan terhadap kepentingan gaya hidup sihat dalam kanak-kanak dan bertindak seawal mungkin bagi mengelakkan sebarang gejala penyakit buah pinggang.

“Dalam kempen ke-11 kami sempena Hari Buah Pinggang Sedunia ini, kami berhasrat untuk mengetengahkan cara pencegahan dan diagnosis awal bagi penyakit berkaitan buah pinggang, terutamanya di kalangan kanak-kanak kerana ramai yang berisiko mengalaminya pada usia yang begitu muda,” kata Dr Wan Jazilah Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hari Buah Pinggang Sedunia Malaysia 2016.

“Melalui kempen ini, kami ingin memberi pengetahuan terhadap kanak-kanak terhadap penyakit buah pinggang, pengesanan gejala awal, dan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat yang patut diamalkan sejak lahir sehinggalah ke usia tua.”

Penyakit berkaitan buah pinggang mampu menyerang kanak-kanak atas beberapa sebab, terutamanya disebabkan kegagalan buah pinggang secara semulajadi, atau latarbelakang keluarga yang berisiko dan pernah mengalami diabetes, penyakit jantung, dan darah tinggi.

Sasaran Hari Buah Pinggang Sedunia 2016 adalah untuk memberi sokongan terhadap ribuan keluarga di Malaysia yang mempunyai anak dengan penyakit buah pinggang.

“Dengan menganjurkan ‘walkathon’ meliputi setiap peringkat umur, kami berharap dapat memberi kesedaran secara menyeluruh terhadap cara hidup aktif dalam menggalakkan ibu bapa supaya lebih mengambil berat terhadap kesihatan anak-anak,” tambah Dr Wan Jazilah.

“Kami juga akan mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma semasa acara tersebut dalam membantu ibu bapa dan keluarga mendapat lebih pemahaman terhadap kesihatan masing-masing. Oleh itu, kami menggesa orang ramai untuk sama-sama berganding bahu meningkatkan kesedaran terhadap risiko penyakit buah pinggang yang berpunca sejak zaman kanak-kanak lagi supaya terbinanya generasi akan datang yang lebih sihat.”

Hari buah pinggang sedunia 2016

Daftar Sekarang!

Orang awam boleh mendaftar untuk larian sejauh 3.5km ‘NKF Family Walkathon’ di pautan laman web http://www.nkf.org.my.

Yuran penyertaan ialah RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak berumur bawah 18 tahun. Tarikh tutup penyertaan ialah 4 Mac 2016. Klik sini untuk mengisi borang pendaftaran secara ‘online’.

Selain pemeriksaan kesihatan secara percuma, terdapat booth pameran, pertandingan mewarna, permainan, dan banyak lagi aktiviti menarik yang dirancang pada hari tersebut.

‘NKF Family Walkathon’ dijayakan dengan sokongan bersama daripada Fresenius Medical Care, Shire Pharmaceuticals, Baxter, Roche, Abbvie, Maybank dan BSN.

Semua hasil kutipan daripada ‘NKF Family Walkathon’ akan disalurkan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dalam usaha meningkatkan kesedaran orang awam dan memberi rawatan kepada pesakit buah pinggang di Malaysia yang kurang berkemampuan.

[infobox title=’Tentang Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia’]

hari buah pinggang malaysia 2016

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia memainkan peranan dalam mendidik masyarakat mengenai pencegahan dan pengurusan penyakit buah pinggang. Hal Ehwal Pendidikan Yayasan ini berkerja untuk mendidik masyarakat tentang punca, pencegahan dan pengurusan penyakit buah pinggang. Yayasan ini sering mengadakan diskusi dan forum umum selain menyediakan khidmat tayangan dan kaunseling di seluruh Malaysia

[/infobox]

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×