Rakyat

Sembunyi Dalam Tandas, Pasangan Suami Isteri Bisu & Pekak Terselamat Dari Kebakaran

49
SHARES

Sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) nyaris maut dalam satu kebakaran sebuah rumah yang berlaku di Kota Kemuning, Shah Alam awal pagi semalam.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian malang itu berlaku pada jam 4,17 pagi dimana melibatkan kebakaran rumah dua tingkat dan terbakar sebanyak 50 peratus di tingkat bawah rumah.

Baca juga: Mayat Bayi Malang Ditemui Dalam Longkang, Dikerumuni Ikan

API BERJAYA DIPADAMKAN DAN MENGELUARKAN MANGSA

Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) berjaya memadamkan api serta mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam rumah.

“Ketika kejadian, suami isteri bisu dan pekak berusia 39 serta 31 tahun itu ditemui berlindung dalam tandas.

“Isterinya mengalami sesak nafas telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×