Rakyat

Mayat Bayi Malang Ditemui Dalam Longkang, Dikerumuni Ikan

25
SHARES

Mayat seorang bayi perempuan dilaporkan telah ditemui di dalam longkang berhampiran kebun durian Mukim 6, Pondok Upeh, Pulau Pinang semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, keadaan bayi perempuan itu sangat menyayat hati kerana ditemukan dalam keadaan dikerumuni ikan dalam longkang berkenaan.

Baca juga: Mak Ayah ‘Pergi’ Akibat Covid-19, Lapan Beradik Jadi Yatim Piatu Dalam Masa 3 Hari

MAYAT BAYI DALAM LONGKANG, DIKERUMUNI IKAN

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mayat bayi malang berkenaan itu ditemukan pada 2.30 petang selepas menerima laporan doktor di Hospital Balik Pulau.

Tambahnya, doktor terbabit mendakwa menerima pesakit wanita warga asing yang mengalami pendarahan pada rahim dan dipercayai baru melahirkan bayi.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan semalam selepas dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah oleh majikannya pada 6 petang,” jelasnya.

Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku membuang bayinya di dalam longkang berdekatan rumah. Suspek mendakwa dia berniat untuk menanam bayi itu selepas menyedari tidak bernyawa namun apabila sampai berdekatan longkang dia berasa mahu pitam dan bayi berkenaan terlepas daripada pegangannya sebelum jatuh dalam longkang.

“Suspek juga mengaku mengandung hasil hubungannya bersama pekerja kebun yang tinggal berdekatan tempat kerjanya,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan wanita itu difahamkan bekerja sebagai penjaga warga emas dengan gaji bulanan. Usaha mengesan lelaki yang dipercayai bapa kepada bayi itu juga sedang giat dijalankan.

Sumber: Harian Metro.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×