Rakyat

Semakan Keputusan Rayuan Sekolah Khusus Mulai Hari Ini, 8 Jun 2021

48
SHARES

TARIKH SEMAKAN Rayuan Sekolah Khusus 2021 (Sekolah Berasrama Penuh)

Keputusan semakan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh disemak mulai 8 Jun 2021 (Selasa), jam 12.01 pagi.

semakan rayuan sekolah khusus

KPM dalam sebuah kenyataan memaklumkan, pihaknya telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan murid ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021.

Apakah Sekolah Khusus?

Sekolah Khusus adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

Tarikh Semakan Rayuan Sekolah Khusus

Tarikh semakan rayuan sekolah khusus bermula pada 8 Jun 2021, jam 12.01 pagi.

Cara Semakan Keputusan Rayuan Sekolah Khusus Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.

Manakala tarikh pendaftaran pula ditetapkan pada 13 / 14 Jun 2021 secara atas talian seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan dalam Sidang Media Khas yang lalu.

Sila ikuti langkah di bawah:

  1. Masuk ke laman sesawang spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.
  2. Klik semakan tawaran ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
  3. Masukkan nombor MyKid/MyKad sendiri beserta nombor MyKad penjaga utama.
  4. Keputusan rayuan sekolah khusus akan dipaparkan.

rayuan sekolah khusus

Bagi Calon Yang Berjaya

  • Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
  • Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
  • Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.

Tarikh Pendaftaran Dalam Talian

Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan tarikh pendaftaran murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus untuk tahun 2021 adalah pada 13 Jun / 14 Jun 2021.

Baca juga: Cara Check Baki ASB Guna Maybank2U. Lagi Mudah, Tak Payah Install Banyak Apps!

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline BPSBP: 03-8321 7400 atau dalam poster yang tertera di atas.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×