Kewangan

Cara Check Baki ASB Guna Maybank2U. Lagi Mudah, Tak Payah Install Banyak Apps!

5K
SHARES
check asb maybank

Pengguna Maybank tahu tak yang anda boleh buat semakan baki ASB di Maybank2u?

Lagi cepat dan mudah sebab kita tak perlu nak login di laman web MyASNB dan tak payah nak install apps ASNB dah di handphone.

Bagi yang belum tahu, di sini kami kongsikan cara-caranya.

Cara Check Baki ASB Online Di Maybank2u

LANGKAH 1: Login MAYBANK2U

Mula-mula, login dulu ke Apps Maybank2U.

Bila dah login, nanti akan keluar skrin macam ni kan.

check asb maybank online

Klik dekat bahagian ‘Account’ macam dalam anak panah di atas tu.

LANGKAH 2: Pilih WEALTH

Nanti akan keluar paparan skrin seperti di bawah.

Sila teruskan klik WEALTH.

check asb maybank online

LANGKAH 3: Tekan VIEW

Kemudian boleh tekan VIEW untuk lihat akaun ASNB kita.

check asb maybank online

LANGKAH 4: SELESAI

Nanti bila dah klik VIEW tadi, akan terpampanglah 5 transaksi terkini ASNB kita macam di bawah ni.

Selesailah cara check baki ASB melalui Maybank2u tadi.

Kalau anda nak Top-up pelaburan atau masukkan duit dalam ASB, bolehlah follow next step ni.

check asb maybank online

Cara Tambah Simpanan di ASB Melalui Maybank2u

Caranya, klik butang kuning dekat bawah tu (rujuk gambar di atas).

Lepas tu akan keluar macam ni.

check asb maybank online

Pilih dan tekan butang TOP UP untuk membuat penambahan simpanan / pelaburan ASNB.

Akhi sekali, masukkan nilai yang kita nak tambah dalam ASB.

check asb maybank online

Siap!

Lebih Cepat & Mudah

Lepas ni bolehlah kita check baki ASB melalui Maybank2u saja.

Dah tak perlu ke kaunter, tak perlu beratur atau bersesak-sesak di luar.

Memang lebih praktikal terutamanya dalam musim PKP ini.

Selamat mencuba dan jom share dengan rakan-rakan yang lain!

[Baca juga: Cara Mohon i-Sinar Kategori 1, Tanpa i-Akaun Pun Boleh Apply!]

*Kredit: Jesselton Sabah

Sila rujuk FAQ ASNB Maybank untuk maklumat lanjut.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×