Kewangan

Cara Mohon i-Sinar Kategori 1, Tanpa i-Akaun Pun Boleh Apply!

8.7K
SHARES
Permohonan i-sinar Kategori 1

Seperti yang ditunggu-tunggu oleh ramai ahli KWSP, permohonan i-Sinar kini telah dibuka bagi Kategori 1.

Bagi yang telah membuat semakan dan layak untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 1, jom tengok langkah-langkah membuat permohonan di bawah ini.

Cara Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 1 Tanpa i-Akaun

Berikut dikongsikan langkah membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 KWSP melalui posting Syima Rifqi Aisy di Facebook yang telah berjaya membuat diproses untuk kelulusan.

  1. Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Isikan Nombor MyKad.
  3. Isikan Nombor Telefon Bimbit,Alamat Email, Alamat Rumah,Poskod, Bandar,Negeri
  4. Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
  5. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  6. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
  7. Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
  8. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  9. Klik Hantar
  10. Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021

Masukkan nombor IC dan butiran yang diperlukan.

Pilih amaun berdasarkan kelayakan.

Permohonan i-sinar Kategori 1

Akan keluar notis begini.

Isi maklumat pemohon.

Permohonan i-sinar Kategori 1

Double check semua maklumat.

Kemudian tetapkan jumlah bayaran bulan pertama.

Permohonan i-sinar Kategori 1

Klik ‘Teruskan’.

Permohonan i-sinar Kategori 1

Buat pengesahan pemohon.

Permohonan i-sinar Kategori 1

Pastikan semua maklumat betul, terutama sekali akaun bank.

Bila dah ok, tekan ‘tick’ dalam kotak kosong tu.

Selesai!

Alhamdulillah, status permohonan ni sama ada lulus atau tidak hanya akan diketahui mulai 4 Januari.

Nanti bolehlah buat semakan pada tarikh tersebut ya!

CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE (GUNA i-AKAUN)

Bagi yang ada i-Akaun, anda boleh membuat permohonan dengan lebih mudah melalui Aplikasi tersebut.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Sila log masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Klik pengeluaran
  3. Pilih i-SINAR
  4. Baca syarat & terma, klik OK
  5. Klik Seterusnya
  6. Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
  7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  8. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
  9. Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
  10. Sila buat semakan BUTIRAN MAKLUMAT
  11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  12. Klik SETUJU, klik permohonan TAC, kemudian masukan TAC
  13. Klik HANTAR
  14. Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021

Semoga bermanfaat utk semua.

*Kredit: Syima Riqfi Aisy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×