MAKLUMAN: SEMAKAN PRASEKOLAH KPM 2022 & RAYUAN DIBUKA MULAI 5 OGOS 2022
Tarikh semakan penempatan / keputusan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2022 akan dibuka mulai 5 Ogos 2021 (Khamis) secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara membuat semakan status permohonan dan penempatan.
Langkah Membuat Semakan Prasekolah KPM 2022
Bermula 5 Ogos 2021, semakan status permohonan dan butiran penempatan boleh disemak di laman sesawang : https://eprasekolah.moe.gov.my/
Sila rujuk cara-cara membuat semakan status langkah di bawah:
1. Log Masuk
Mula-mula pergi ke laman web E-Prasekolah di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/ dan log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
2. Semak Keputusan Penempatan
Semak sama ada keputusan penempatan berjaya seperti yang diminta semasa permohonan.
Jika berjaya, buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke prasekolah bagi proses perakuan.
3. Buat Rayuan Jika Perlu
Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021.
Sila rujuk manual pengguna untuk panduan di SINI.
Baca juga: Digelar Penghulu Segala Ayat Al-Quran, Ini 5 Kelebihan Ayat Kursi Yang Perlu Kita Amalkan
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Prasekolah 2022
Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September (tertakluk
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah yang dimohon atau email ke [email protected]