Didik

Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2025/2026 Bagi Tingkatan 1 & 4, ‘Check’ Sekarang!

20
SHARES
kemasukan mrsm

Berita baik untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal masuk ke sekolah berasrama, semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 sesi 2025 kini telah dibuka. Anda boleh buat semakan MRSM mulai 13 Januari 2025 pukul 12.30 tengah hari tadi.

Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tawaran kemasukan tersebut adalah berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi Tingkatan 1 dan 4.

Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

SEMAKAN MRSM 2025 TELAH DIBUKA, BOLEH CHECK ANAK DAPAT TAK

semakan mrsm

Foto hiasan.

Menurut laporan Kosmo, seramai 8,909 pemohon diberi tawaran untuk belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi kemasukan tahun ini. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, secara keseluruhan Mara menerima sebanyak 93,635 permohonan.

Berikut merupakan tarikh semakan:

-Semakan Pertama : 13 Januari 2025
-Semakan Kedua : 27 Januari 2025
-Semakan Ketiga: 3 Mac 2025
-Semakan Keempat : 17 Mac 2025

Asyraf Wajdi berkata, semua pemohon diwajibkan melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan daripada 93,635 pemohon itu, jumlah calon layak secara minimum adalah 21,994 orang. Kata beliau, semakan tawaran dibuka bermula pukul 12 tengah hari tadi secara dalam talian dan maklumat juga dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan.

Bukan itu sahaja, hebahan kemasukan tawaran itu turut dimaklumkan dalam media sosial rasmi dan portal MARA bagi memastikan maklumat sampai kepada pemohon.

Kata beliau, pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan menerima atau menolak tawaran kemasukan ke MRSM tersebut dalam tempoh tujuh hari.

Mereka yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh ditetapkan akan dianggap menolak tawaran ke MRSM,” katanya.

Beliau berkata, pemohon yang layak dan masih belum mendapat tawaran boleh membuat semakan pertama hari ini, manakala semakan kedua boleh dilakukan pada 27 Januari 2025.

1.TINGKATAN 1: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1

2.TINGKATAN 4: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4

3.Laman web rasmi MARA : https://www.mara.gov.my/

4.Laman sosial rasmi MARA : MAJLIS AMANAH RAKYAT

Baca juga: “Nak Bercuti Ada Syarat!”- Zaquan Adha Siap Bagi Taklimat Dekat 7 Orang Anak, Netizen Terhibur & Puji

Sumber: Berita Harian (Foto) Kosmo, MARA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×