Hebahan

Selangor Tangguh Solat Jumaat Dan Aktiviti Keagamaan Sehingga 31 Mei- Sultan

36
SHARES

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung kepada fasa 3 bermula 15 April sehingga 28  April. Sehubungan dengan itu pelbagai perkara juga hendaklah ditangguh selari dengan lanjutan PKP ini. Antara aktiviti yang paling memberi kesan kepada rakyat Malaysia adalah penangguhan solat Jumaat dan pelbagai aktiviti ceramah.

Hari ini, D.Y.M.M Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengadakaan satu Mesyuarat Khas bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mendapatkan maklum balas berkenaan ancaman waba Covid-19 yang sedang menular sekarang. Sehubungan itu Sultan Selangor telah menitahkan agar solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di negeri Selangor akan ditangguhkan sehingga 31 Mei hadapan.

Kenyataan Dikeluarkan Dilaman Facebook Selangor Royal Office

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, keputusan itu dikuatkuasakan serta merta bagi mengurangkan jangkitan wabak tersebut selain usaha untuk memutuskan rantaian wabak itu. Bagaimanapun, Baginda bertitah arahan baru akan dikeluarkan jika wabak tersebut dapat dibendung atau diatasi dalam satu tempoh yang lebih awal.

Baginda menegaskan adalah sangat penting supaya semua perkara-perkara tersebut dipatuhi bagi mengelakkan rakyat daripada berhimpun atau berkumpul yang boleh meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.

Baginda Berdukacita Dengan Penyebaran Berita Palsu

Sejak akhir-akhir ini juga, Baginda dukacita dengan penyebaran berita-berita palsu (fake news) dan video-video palsu (fake videos) berkaitan wabak ini yang semakin menular. Oleh itu, Baginda mengingatkan semua pihak supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mereka-reka fake news yang boleh menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.

Baginda juga berharap agar rakyat tidak mudah mempercayai dan hendaklah menyemak terlebih dahulu kesahihan setiap berita yang diterima di media sosial. D.Y.M.M. Sultan Selangor turut menyeru rakyat supaya terus memperbanyakkan doa agar Negeri Selangor dijauhi dari wabak penyakit dan bala bencana yang boleh menyebabkan kematian.

Baginda mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1441 Hijrah dan menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam dan semoga semua amal ibadat yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
“DUDUK DI RUMAH, JANGAN BERHIMPUN, HENTIKAN WABAK”

Sumber : Selangor Royal Office

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×