Sihat

Selalu Kerja Berlebihan Sampai Sakit Badan? Cuba Panaflex Patch, Berkesan Dengan Mudah & Pantas

Mereka yang tinggal di Kuala Lumpur (KL) mesti dah terbiasa dengan budaya kerja berlebihan. Kadang-kadang ada yang dah balik kerja siang sambung pulak buat kerja lebih masa di malam hari.

Min faham memang penat, paling teruk bila dah sampai sakit badan. Haa.. Jika anda antara yang terkesan dek sakit badan ini, jangan risau lagi sebab sekarang dah ada penyelesaian mudah yang boleh bantu legakan kesakitan dengan pantas!

Panaflex Patch jawapan untuk masalah sakit badan 

Panadol baru-baru ini melancarkan rangkaian baharu produk kelegaan sakit badan, Panaflex Patch khusus untuk membantu rakyat Malaysia dengan memberikan penyelesaian kesakitan secara cepat dan berkesan.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon, Bryan Wong, berkata ” Sebagai antara peneraju dalam kategori kelegaan kesakitan, kami ingin melakukan sesuatu melebihi jangkaan dan berusaha dengan gigih untuk memperluas rangkaian produk kelegaan kesakitan kami bagi memenuhi keperluan yang pelbagai.

Visi Haleon adalah untuk memberikan kebebasan daripada kesakitan agar semangat manusia dapat menyerlah.”

Panaflex Patch hadir dengan dua pilihan iaitu Panaflex Hot Patch serta Cool Patch. Ubat tampalan yang berfungsi dengan menyasarkan punca kesakitan ini bakal meredakan kesakitan otot badan dalam masa 80 saat je!

Jadi, lepas ini bila terasa macam dah mula sakit-sakit badan, cepat-cepat ambil Panaflex Patch dan tampal je di kawasan otot yang terkesan okay? Gerenti anda akan rasa lebih lega!

Paling best, Panaflex Patch mudah untuk ditampal serta ditanggalkan dan sesuai untuk digunakan golongan dewasa juga kanak-kanak berusia 12 tahun keatas.

Dapatkan Panaflex Patch di farmasi berhampiran anda

Kedua-dua Panaflex Hot Patch serta Cool Patch boleh didapati di rangkaian farmasi yang berhampiran dengan anda ataupun pesan je secara atas talian memalui platform online farmasi terpilih.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Panadol di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×