Euforia Bola 2026
Famili

Bangunan Sekolah Pondok Runtuh, Puluhan Pelajar Masih Hilang, Dikhuatiri Tertimbus…

sekolah pondok runtuh

Usaha giat dijalankan oleh pasukan penyelamat Indonesia bagi mencari puluhan pelajar yang dipercayai terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat milik sekolah pondok runtuh semalam, mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan lebih 70 yang lain.

Menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari, insiden berlaku di Pondok Pesantren Al Khoziny, terletak di Kabupaten Sidoarjo, sebuah institusi yang terkenal dalam melahirkan ramai ulama sejak tahun 1927 dan kejadian berlaku ketika solat Asar.

Baca juga: Anak Malaysia Ukir Sejarah Di Cambridge, Dr Hanis Lulus PhD Dengan Keputusan ‘Without Correction’

SEKOLAH PONDOK RUNTUH, 38 PELAJAR DIKHUATIRI TERPERANGKAP

SEKOLAH PONDOK RUNTUH

Setakat pagi ini, sebanyak 102 individu telah dipindahkan dengan 91 daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala 11 lagi diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Seorang pelajar disahkan meninggal dunia.

Daripada jumlah mangsa yang cedera, seramai 77 orang telah dihantar ke hospital, melibatkan 34 orang di Hospital Sidoarjo, 38 orang di Hospital Siti Hajar dan 4 orang di Hospital Delta Surya

Abdul Muhari menjelaskan bahawa kejadian berlaku ketika pekerja binaan sedang menjalankan kerja menuang konkrit di tingkat atas bangunan. Difahamkan, struktur asas gagal menampung beban, menyebabkan keseluruhan bangunan runtuh hingga ke tingkat bawah sekitar jam 3 petang waktu tempatan.

Ketua pondok, KH Abdus Salam Mujib, memaklumkan bahawa bangunan yang runtuh itu masih dalam proses pembinaan sejak kira-kira sembilan bulan lalu. Tingkat tiga baru sahaja siap untuk dijadikan dewan aktiviti pelajar.

Insiden ini berlaku tidak lama selepas kejadian serupa di Bogor, Jawa Barat, awal bulan ini, apabila sebuah madrasah dua tingkat yang juga masih dalam pembinaan runtuh, menyebabkan empat maut dan 84 cedera.

Baca juga: Pengantin Baru Pergi Konsert Inteam Pakai Baju Nikah, Nyanyi Lagu Kasih Kekasih Sambil Pegang Tangan! “Hmmm Tak Aci”

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×