Famili

Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Jatuh Longkang & Dikhuatiri Lemas

32
SHARES

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang insiden tersebut pada 6.18 petang.

Baca juga: Terperangkap Dalam Lif Klinik, 3 Bayi Usia 6-14 Hari Terlibat

KANAK-KANAK USIA 4 TAHUN JATUH LONGKANG & DIKHUATIRI LEMAS

Selepas sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa adalah anak kepada seorang lelaki warga Indonesia yang bertaraf pemastautin tetap. Mangsa dipercayai bermain air di kawasan itu sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.52 meter dan hanyut dibawa arus.

“Longkang ini mengalir ke Taman Sri Muda dan pencarian kini sedang giat dijalankan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Pencarian sedang giat dijalankan di lokasi berkenaan. Terdahulu, beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang bermula pada 4 petang.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×