Hebahan

Satu Langkah Mudah Untuk Sambung Belajar Di UK, Nak Cuba Tak?

10.1K
SHARES

Susah ke senang belajar kat luar negara?” Ini antara soalan yang sering dikemukakan oleh orang yang ingin sambung belajar di luar negara. Sebenarnya tak mudah dan juga tak susah, yang penting kena sentiasa berfikiran positif, okay?

Sesetengah orang tak ada keyakinan diri untuk sambung belajar di luar negara. Takut kena kejutan budaya. Tapi kalau anda jenis yang berfikiran terbuka dan pandai berdikari, pasti tiada masalah! Nak tahu cara sambung belajar di UK? Inilah caranya…

IUMW tawar peluang sambung belajar di UK

Kini anda boleh lanjutkan pelajaran di UK dengan IUMW. Untuk pengetahuan anda, International University of Malaya-Wales (IUMW) adalah kerjasama antara Universiti Malaya, Malaysia dan University of Wales, UK. Gabungan dua benua dalam satu pakej pendidikan. Fuh!

IUMW merupakan universiti pertama di Malaysia yang menawarkan program Dual Award dengan pilihan pemindahan kredit. Pindah kredit dan anda berpeluang untuk belajar di UK sehingga 3 tahun tau. Tapi ada benda menarik yang pasti buat anda teruja…

Dengan program Dual Award di IUMW, anda boleh habiskan satu semester di University of Wales tanpa yuran tambahan! Paling menarik, dapat dua ijazah sekaligus. Satu daripada IUMW dan satu lagi daripada University of Wales. Bestnya!

Seronok belajar di luar negara, feeling lain macam!

Keputusan untuk belajar di luar negara ni bukan boleh buat main. Perlu siap sedia dari segi fizikal dan mental. Tapi kalau anda pilih IUMW, tak perlu risau lagi! Ini beberapa komen terbaik oleh pelajar Dual Award di IUMW. Jom tengok…

Semua orang di universiti sangat mesra! Saya terus mendapat info yang diperlukan. Paling best, saya dapat merasai suasana perayaan Welsh Christmas dengan gembira pada tahun lepas. Banyak aktiviti pelajar untuk dipilih.“, kata Farhana Kaniz Liouza yang merasa semesternya di Wales sebagai satu pengalaman hebat.

Dunia yang berbeza. Berjauhan dengan keluarga menjadikan saya lebih bebas dan berani. Selepas berbual dengan orang dari seluruh dunia di kampus, saya lebih yakin dalam berkomunikasi. Saya juga perlu belajar sedikit bahasa Wales!” kata Kam Chun Wui, pelajar Perniagaan Antarabangsa di IUMW yang sangat mengagumi budaya Welsh.

Wow! Memang teruja sangat. Komen yang diterima semuanya positif. Bagus tu. Pasti anda dah mula pasang niat nak belajar kat luar negara kan? View kat luar negara pun memang cantik belaka. Haa, ada berita best nak bagitahu anda ni…

Jom datang Hari Terbuka di IUMW!

IUMW turut memberi biasiswa bernilai RM10 juta kepada sesiapa yang layak. Syoknya! Tapi macam mana nak apply? Nak lagi senang, anda datang je terus ke kampus mereka sewaktu Hari Terbuka IUMW yang akan diadakan pada 18 Mei 2018 hingga 20 Mei 2018, dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Take note!

Untuk info lebih lanjut tentang IUMW, boleh klik sini sahaja. Jika anda ada sebarang pertanyaan, hubungi di talian 03-26173131. Bolehlah ajak kawan anda yang nak sambung belajar kat UK tu pergi Hari Terbuka IUMW nanti. Yay!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×