Sihat

Rupanya Biji Halba Boleh Bantu Masalah Diabetes & Kolestrol, Ini Caranya….

986
SHARES

Penyakit diabetes dan masalah kolestrol tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyakit diabetes sering dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, cara pemakanan yang tidak dikawal serta tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, antara cara lain untuk membantu mengatasi masalah diabetes dan menurunkan kolestrol adalah menggunakan biji halba seperti perkongsian Dr Suri Roowi. Boleh amalkan, jom kita baca.

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Bancuh Teh Hijau Untuk Turunkan Darah Tinggi, Berkesan!

RUPANYA BIJI HALBA BOLEH BANTU MASALAH DIABETES & KOLESTROL

Halba, masalah diabetes dan kolesterol. Halba boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan menurunkan kolesterol. Bahan berkhasiat utama dalam biji halba adalah 4-hidroksiisoleusin, trigonellin dan diosgenin.

Biji halba juga mengandungi 20 – 30% protein, 45 – 60% karbohidrat (terutamanya galactomannan) dan 5 – 10% lemak. Biji halba membantu menurunkan glukosa darah di kalangan pesakit diabetes jenis 2 terutamanya dikalangan ‘mild type 2 diabetes’.

Pengambilan halba pada kadar 5 g/sehari lebih menampakkan kesan yang nyata. Walaubagaimanapun jika dimakan bersama makan berlemak contohnya yoghurt ianya tidak boleh menurunkan kolesterol (LDL) dan trigliserida (TG) darah.

Penggunaan biji halba dalam makanan seperti kari, yoghurt memberikan kesan yang tidak konsisten. Sebaliknya, serbuk halba lebih memberikan kesan apabila diberikan dibancuh bersama air panas.

Kajian juga menunjukkan halba juga boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Walau bagaimanapun, penggunaan halba tidak disarankan untuk ibu-ibu mengandung kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan keguguran.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×